Majikan Halang Bersolat, Ini Hak Pekerja Yang Anda Patut Tahu.

 On Wednesday, April 3, 2019  

Majikan Halang Bersolat, Ini Hak Pekerja Yang Anda Patut Tahu.

Majikan Halang Bersolat, Ini Hak Pekerja Yang Anda Patut Tahu.

SOSMED | Pada 22 Mac lepas, terdapat satu rakaman video yang tular di laman sosial.

Rakaman video itu merujuk kepada seorang lelaki melayu yang meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana dihalang dari menunaikan solat jumaat serentak dengan itu beliau bertindak berhenti kerja serta-merta. 


Tahukah anda sebenarnya kita ada undang-undang yang membela nasib pekerja yang dihalang menunaikan solat oleh majikan? 

Ya benar, memang ada. Seorang peguam hartanah yang popular di sosial media, Salkukhairi Abd Sukor berkongsikan beberapa cara bagaimana seseorang pekerja boleh membela haknya jika dilarang bersolat oleh majikan.

VIDEO VIRAL PEKERJA LELAKI DIHALANG OLEH MAJIKAN DIRIKAN SOLAT. APA HAK DAN TINDAKAN YANG BOLEH BELIAU LAKUKAN?

Saya menerima satu video melalui whatsapp, di mana seorang pekerja lelaki mendakwa beliau telah dilarang oleh majikannya yang berbangsa Cina daripada mendirikan solat semasa waktu bekerja.

Beliau menularkan rakamam video tersebut yang menyebut secara jelas nama dan alamat syarikat tersebut kononnya untuk mengingatkan orang ramai khusunya orang Islam agar tidak bekerja di syarikat tersebut.

Sebenarnya kes sebegini bukanlah suatu yang baru. Ianya selalu juga berlaku sebelum-sebelum daripada ini.

Dalam keadaan sedemikian, sepatutnya apa yang perlu dilakukan oleh beliau bukanlah menularkan video tersebut di media sosial, sebaliknya beliau sepatutnya mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang- undang seperti berikut:

1. Beliau sebenarnya boleh membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atas tindakan yang dilakukan oleh majikan tersebut.

2. Sebaik sahaja menerima aduan tersebut, JTK akan menyiasat aduan yang diterima berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan.

3. Sekiranya hasil siasatan mendapati aduan tersebut berasas, majikan tersebut akan dipanggil dan akan diberi penjelasan berhubung dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dan dinasihatkan agar memberi pertimbangan sewajarnya terhadap isu yang dibangkitkan demi menjamin keharmonian industri.

4. Menurut Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, majikan hendaklah memberikan pelepasan waktu untuk pekerja menunaikan solat lima waktu sekurang-kurangya 20 minit bagi setiap solat dan satu jam setengah untuk menunaikan solat Jumaat bagi pekerja lelaki.

5. Selain itu, majikan juga disarankan menyediakan tempat menunaikan solat yang sesuai, bersih dan berasingan antara pekerja lelaki dan wanita, kelengkapan asas solat seperti sejadah, tikar serta alas lantai, tempat mengambil air wuduk yang berhampiran dengan ruang solat dan petunjuk arah kiblat yang betul di tempat kerja tersebut.

6. Ertinya hak beliau sebagai pekerja adalah dilindungi oleh undang undang sekiranya majikan enggan membenarkan beliau mendirikan solat.

7. Namun begitu sekiranya beliau diberhentikan kerja oleh majikan tersebut akibat mendirikan solat, maka beliau juga boleh membuat aduan di JTK atau di Jabatan Perhubungan Perindustrian (JPP) (bergantung kepada tangga gaji) dalam masa 60 hari daripada tarikh beliau diberhentikan kerja.

8. JTK atau JPP akan memanggil majikan untuk sesi runding cara dan akan menyarankan majikan mengambil semula beliau bekerja atau sekiranya majikan tidak mahu lagi mengambil beliau bekerja di situ beliau perlu dibayar pampasan yang sewajarnya oleh majikan tersebut sebagai gantirugi kepada pengambilan semula bekerja.

9. Pendek kata sekiranya beliau tahu, sebenarnya hak beliau sebagai pekerja senantiasa dilindungi oleh undang-undang.

10. Tindakan menularkan video tersebut bukan sahaja memberi risiko kepada beliau sendiri di mana beliau mungkin boleh diambil tindakan sivil oleh majikannya jika didapati maklumat tersebut tidak benar atau berunsur fitnah.

11. Bukan itu sahaja terdapat juga komen-komen yang bersifat perkauman dan caci maki dilemparkan oleh nitizen akibat tular nya video tersebut dan digunakan oleh pihak pihak yang berkepentingan untuk menyalahkan pihak kerajaan dan sebagainya.

12. Oleh itu, fahamilah hak anda sebagai pekerja jika dilakukan sedemikian oleh majikan anda. Jangan bimbang, undang-undang pekerja di Malaysia ini sangat telus dan melindungi hak dan kepentingan pekerja. Yang penting anda tahu akan hak anda!

Sila SHARE supaya lebih ramai pekerja yang tahu akan hak mereka.

Terima kasih.

Ulang siar entri Majikan Halang Bersolat, Ini Hak Pekerja Yang Anda Patut Tahu. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Majikan Halang Bersolat, Ini Hak Pekerja Yang Anda Patut Tahu. 4.5 5 Unknown Wednesday, April 3, 2019 Majikan Halang Bersolat, Ini Hak Pekerja Yang Anda Patut Tahu. SOSMED | Pada 22 Mac lepas, terdapat satu rakaman video yang tular di l...


No comments:

Post a Comment