Semakan Kelayakan Kad Perak Prihatin.

 On Friday, April 19, 2019  

Semakan Kelayakan Kad Perak Prihatin.

Semakan Kelayakan Kad Perak Prihatin.

Tahukah anda baru-baru ini kerajaan Perak telah melancarkan skim Program Perak Prihatin untuk golongan yang berpendapatan rendah?


APAKAH TUJUAN PROGRAM?

👉 Memberikan khusus untuk warga Perak yang berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar kategori B40.


👉 Meringankan bebanan kos sara hidup.

BAGAIMANA IA DILAKSANAKAN?


👉 Perkhidmatan pembelian barangan makanan asas
👉 Perkhidmatan rawatan perubatan

RINGKASAN

Pada tahun 2019, kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM22 juta ringgit bagi 17,000 penerima bantuan seluruh Perak. 

Sungguhpun jumlah yang layak melebihi dari 17,000 penerima bagaimanapun untuk tahun 2019, kerajaan negeri hanya berkemampuan memperuntukan 22 juta ringgit sahaja. Jumlah ini mungkin berbeza untuk tahun-tahun mendatang berdasarkan kepada kemampuan kerajaan.

Bagaimanapun sasaran kerajaan bukanlah untuk terus menerus menyalurkan bantuan sebaliknya kerajaan negeri tetap berusaha mencari jalan untuk mengeluarkan mereka yang berpendapatan rendah dari kumpulan miskin tegar.

Setakat ini program ini tidak terbuka kepada pihak luar untuk pendaftaran.

17,000 yang layak ini datangnya dari;

👉 Penerima bantuan JKM

👉 Penerima bantuan Baitulmal

👉 Kategori e-kasih

Semua 17,000 yang layak ini telah diberikan satu Kad Perak Prihatin dan ianya perlu diaktifkan sendiri oleh penerima bantuan.

Terdapat tiga cara untuk mengaktifkan kad, iaitu;

1. Secara atas talian. 

Layari : https://www.perakprihatin.com/

Pilih aktifkan Kad Perak Prihatin. Ia terdapat dibahagian bawah portal, sebelah kiri.


2. Melalui SMS. 

WBC<jarak>PACT<jarak>No.Kad (6 digit terakhir sahaja)<jarak>No.Kad Pengenalan (6 digit terakhir sahaja) Hantar ke 33555.

Contoh : WBC PACT 111111 222222  

3. Pengaktifan kad menerusi pusat panggilan.

Hubungi pusat Khidmat Pelanggan Perak Prihatin di talian 1800 22 6600 atau email ke admin@selcare.my

Bagaimanakah bantuan diagihkan?

👉 Bantuan makanan RM80 sebulan. Wang akan dikreditkan ke dalam kad Perak Prihatin. Penerima boleh membeli barangan makanan asas tertentu di pasaraya yang berdaftar dengan program yang ini.

👉 Rawatan kesihatan berjumlah RM300 setahun. Penerima boleh menerima rawatan di klinik-klinik terpilih dan tunjukkan kad Perak Prihatin sebagai ganti kepada bayaran rawatan. Had maksima adalah RM300 sahaja. 

Penerima boleh melakukan semakan untuk melihat;

SENARAI KEDAI RUNCIT BERDAFTAR

SENARAI KLINIK PANEL BERDAFTAR

Bagi memudahkan urusan.

Perincian bantuan adalah seperti berikut;

BELIAN MAKANAN ASAS

👉 Setiap bulan akan dikreditkan RM80 setiap penerima.

👉 Baki terdahulu tidak akan dibawa ke hadapan.

👉 Penerima hanya boleh membeli barangan makanan asas seperti yang diluluskan sahaja.

Senarai;

👉 Baki kad akan disemak terlebih dahulu sebelum pembayaran dilakukan.

👉 Wang akan ditolak bagi pembelian makanan asas yang diluluskan.

👉 Barangan lain yang tidak diluluskan perlu dibayar menggunakan kaedah lain.

👉 Ketika membuat pembayaran, penerima perlu memasukkan nombor pin bagi tujuan memproses bayaran. Oleh itu pastikan jangan lupa nombor pin. 

KHIDMAT RAWATAN KESIHATAN

👉 Had pembiayaian adalah sebanyak RM300 setahun.

👉 Setiap kali rawatan nilainya tidak boleh melebihi RM50.

👉 Tiada had atau jenis rawatan bagi kesihatan asas.

👉 Hanya penerima kad Perak Prihatin sahaja yang layak (nama atas kad, nama penerima bantuan - bukannya seisi keluarga).

👉 Kad perlu dibawa ketika menerima rawatan.

👉 Rawatan yang diterima akan direkodkan bagi tujuan tuntutan pembayaran.

Ulang siar entri Semakan Kelayakan Kad Perak Prihatin. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Semakan Kelayakan Kad Perak Prihatin. 4.5 5 Unknown Friday, April 19, 2019 Semakan Kelayakan Kad Perak Prihatin. Tahukah anda baru-baru ini kerajaan Perak telah melancarkan skim Program Perak Prihatin untuk gol...


No comments:

Post a Comment