Semakan Skim Peduli Sihat PeKa B40.

 On Thursday, April 18, 2019  

Semakan Skim Peduli Sihat PeKa B40.

Semakan Skim Peduli Sihat PeKa B40.

Pada 15 April 2019 kerajaan secara rasminya telah melancarkan skim peduli sihat PEKA B40 yang mensasarkan warga emas berusia 50 tahun dan ke atas. 

Skim ini menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan dan faedah perubatan yang percuma buat mereka yang layak.
 

PeKa B40 diwujudkan atas fakta-fakta berikut;

πŸ‘‰ Beban Penyakit Tidak Berjangkit : 47.6% kumpulan B40 berumur 50 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.

πŸ‘‰ Kesihatan Mental : 3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40. 

πŸ‘‰ Beban Kanser : Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah.

πŸ‘‰ Rawatan Kanser : Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.

πŸ‘‰ Kos Alat Perubatan : Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

πŸ‘‰ Masalah Pengangkutan : Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.


KONSEP PEKA B40;

πŸ‘‰ RM100 juta diperuntukkan melalui Belanjawan 2019 untuk PeKa B40.

πŸ‘‰ Bermula sebagai projek perintis dan dianggarkan dapat menampung 800,000 penerima sebagai permulaan.

πŸ‘‰ Ianya adalah percuma kepada penerima PeKa B40.

πŸ‘‰ Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. 

Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut;

πŸ‘‰ Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.


πŸ‘‰ Berumur 50 tahun dan ke atas.

πŸ‘‰ Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.

Untuk menyemak kelayakan masing-masing sila layari portal : https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
 

Ulang siar entri Semakan Skim Peduli Sihat PeKa B40. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Semakan Skim Peduli Sihat PeKa B40. 4.5 5 Unknown Thursday, April 18, 2019 Semakan Skim Peduli Sihat PeKa B40. Pada 15 April 2019 kerajaan secara rasminya telah melancarkan skim peduli sihat PEKA B40 yang mensa...


Related Post:

  • Pelanggan Teksi Pun Ada Yang Bangang Dan Kurang Ajar.. Pelanggan Teksi Pun Ada Yang Bangang Dan Kurang Ajar.. Oleh : Hasmuhaimin Din Gulam Ok, aku dah masuk ke dalam kokpit aku. Pegang saja stereng, automatik aku dapat rasa aura supir dah mula mengalir keseluruh tubuh untuk aku kembali menulis pasal… Read More
  • Pekerja Restoran Ditampar Kerana Menegur Pelanggan Merokok.. Pekerja Restoran Ditampar Kerana Menegur Pelanggan Merokok.. Seorang pekerja restoran nasi kandar di Seksyen 25 di Shah Alam ditampar pelanggan yang tidak berpuas hati selepas ditegur agar tidak menghisap rokok di dalam kedai berkenaan. Ketua… Read More
  • Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM. Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM. Ahli Parlimen Pasir MAS, Ahmad Fadhli Bin Shaari menyokong penuh tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang melaksanakan undang-undang larangan merokok di tempat awam.  … Read More
  • Maafkan Saya, Kata TMJ Pada Semua.. Maafkan Saya, Kata TMJ Pada Semua.. Oleh : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Sultan Ibrahim. MAAFKAN SAYA. Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya. Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah.  Tetapi, me… Read More
  • Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih! Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih! Oleh : Aliff Ahmad II Kembalikan RON91/92, biar rakyat memilih!   Antara perkara yang gua kesal dan marah dekat Najib Razak adalah dia menghapuskan RON91/92 apabila dia menaiki tampuk pemerintahan … Read More

No comments:

Post a Comment