Ulasan Rome Statute Dari Kaca Mata #UndiRosak.
Oleh : Adli Fugazi
Pendapat aku pasal Rome Statute ni sebenarnya simple je. Benda ni bagus tapi kerajaan hari ni tak dapat terangkan dengan tepat kepada orang ramai. Masalah komunikasi PH dengan orang awam ni aku tak tau la dorang ni macam mana nak perbetulkan. Dari awal aku tengok ni problem dia.
Aku sokong Rome Statute ni sebab ia membawa kebaikan kepada negara. Cuma, cara kerajaan menerangkan tentang hal ni begitu kalut, sampai beberapa orang yang berkuasa boleh twist perkataan macam tu je.
Sebab tu rakyat marah. Masalah utama PH hari ni ialah dorang ni tak ada propagandist yang elok. Semua level Adrian Lim Chee En je. Mana la orang nak ikut kata.
Hal Rome Statute ni sebenarnya boleh je bincang elok-elok. Dah bila ketengahkan kuasa Agong berkurang, orang Melayu marah la.
Patutnya kau cakap la macam contoh, genocide yang berlaku kat Bosnia, atau Rwanda, atau Darfur, atau Palestin. Syria. Semua tu boleh dibawa ke ICC.
Masalahnya kau tanya orang Melayu ni, ICC pun dorang haram tak tahu apa kebendanya. ICC ni la yang bicara Radovan Karadzic, Slobodan Milosevic ni. ICC ni mampu mengheret penjenayah perang ke muka pengadilan.
Tapi masalah ICC ni, dia bergantung pada negara yang nak join. Yang tak nak join dia tak boleh nak buat apa. Sebenarnya dulu Najib nak join Rome Statute ni, no fucks given. Tapi bila PH memerintah, orang Melayu suspicious lah.
"Sejak bila pulak Agong jadi penjenayah perang dan boleh didakwa pulak ni?" Ha, kat sinilah dia twist. Patut kau highlight, kita nak tuntut keadilan untuk mangsa MH17.
Kita nak bawa kes ni untuk dakwa sama ada Rusia atau Ukraine yang buat ni. Yang bila orang kata dakwa penjenayah perang, yang kau pergi kaitkan dengan Agong, buat apa?
Tapi, PH gagal counter kat situ. Tiba-tiba hari ni Anwar kata, bagus tarik diri Rome Statute. Abah dia la bagus. Sebab Kabinet dalam Kerajaan hari ni tak unite.
Sepertiga sokong Mahathir, sepertiga sokong Anwar, sepertiga lagi otak kosong dan fikir idea bukan2 macam kereta terbang.
Bila kau ada Kabinet yang lemah, decision making kerajaan pun lemah. Kerajaan tak boleh function. Sebab apa? Sebab sebagai Perdana Menteri kau tak dapat menyatukan pendapat Kabinet. Macam contoh, Theresa May pasal Brexit.
Sebagai makhluk neutral sebab aku penyokong #UndiRosak, aku mampu melihat semua kelemahan parti politik dalam negara ni tanpa bias.
Dan kelemahan Pakatan Harapan ni aku senaraikan di bawah;
a) Tak punyai ideologi yang sama sebab semua bergabung nak jatuhkan Najib je.
b) tak mempunyai pelan menjadi kerajaan yang cantik
c) kegagalan dan kecelaruan menyampaikan maklumat.
d) gagal untuk memahami sentimen orang ramai
e) suka buat tindak tanduk yang buat orang Melayu syak wasangka.
Contoh a : PPBM memperjuangkan Ketuanan Melayu. Dari UMNO juga mereka ni. Tapi DAP perjuangkan kesamarataan sesama bangsa. PKR pulak perjuangkan Anwar ibrahim jadi PM dan itu aje la functionnya. Amanah pulak ialah bekas PAS yang sebenarnya tak tahu nak ikut siapa.
Exhibit B : Tak punyai pelan yang cantik. Macam Rome Statute ni lah. Berterabur lintang pukang. Patut kau mulakan la dulu proses penerangan. Cerita dulu apa tujuannya. Pasal MH17. Ha, cakap pasal tu. Tunjuklah gambar kapal terbang terbakar tu hari-hari kat warta berita.
C : Bila sebar maklumat, tak habis dan penuh distortion. Contoh bila harga sawit turun, suruh minum sesudu minyak sawit sehari lah, tanam buluh la. Patut terangkan pasal kempen burukkan sawit kat Eropah sebagai punca, dan carilah alternatif macam mana nak tenangkan peneroka.
D : memang gagal memahami sentimen rakyat. Orang tengah marah kenapa kau tak tunaikan janji, kenapa tak boleh tunaikan manifesto. Kau balik-balik salahkan kerajaan lama. Dulu masa Obama jadi Presiden pun, dia sikit-sikit je la petik silap Bush. Tapi dia ada pelan jangka pendek dan panjang. Perkara 1MDB ni kau bukannya tahu sehari sebelum mengundi, bila kau menang kau tak tau buat apa. Kau patut dah tau lama apa yang kau nak janji. Ni janji mansuh tol. Sekali kau mansuh GST kau ganti dengan SST. Harga naik jugak. Sebab tu orang marah. Orang tak marah kau lambat sebab kemelesetan ekonomi. Orang marah sebab kau janji bukan2. Orang marahlah bila kau tak tunaikan. Pastu bila orang marah, kau cakap "eleh kau bukan undi PH pun." Woi bodoh, ni negara Malaysia bukan negara PH.Tak kira la kau undi PH ke, kau undi BN ke, PAS ke, undi rosak ke, Pasok Momogun ke, Azwan Ali ke, Uncle Kentang ke, kerajaan patut bertanggungjawab pada seluruh warga negara. Politik ni 5 tahun sekali je patutnya, bangang.
E : Kau dah tau Melayu ni sensitif dengan 3R, yang kau cari pasal dengan anak raja tu apahal? Kau dah tahu orang Melayu tak percaya DAP, yang kau lantik LGE jadi Menteri Kewangan tu pahal? Suka atau tak, Melayu majoriti.
Dalam demokrasi, suara majoriti harus didengar.Kalau aku seorang demokrat, walaupun aku suka dengar lagu punk, tapi memandangkan crowd aku handle masa jadi DJ kenduri kahwin ialah makcik-pakcik, mestilah aku bukak lagu makcik pakcik. Terkejut beruk la kalau aku bukak lagu Dead Kennedys kat kenduri kahwin. - 9 April 2019.

Ulang siar entri Ulasan Rome Statute Dari Kaca Mata #UndiRosak. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment