Direman 4 Hari, Ini Luahan Pendakwah Zamri Vinoth..

 On Saturday, May 4, 2019  

Direman 4 Hari, Ini Luahan Pendakwah Zamri Vinoth..

Direman 4 Hari, Ini Luahan Pendakwah Zamri Vinoth..

Oleh : Zamri Vinoth

Ya saya Zamri Vinoth,

Wallahhi saya tidak mempunyai sedikitpun perasaan dendam mahupun ingin membalas dendam ataupun perasaan marah terhadap mereka yang telah membuat laporan Polis keatas saya malah saya hargai apa yang mereka lakukan kerana itulah saluran betul yang perlu setiap rakyat Malaysia ikuti.



 
Saban hari ada segolongan kecil dari mereka yang menyuap naluri amarah mereka dengan cemuhan, cacian, kecaman dan makian terhadap saya walaupun setelah saya ditahan oleh pihak berkuasa, mungkin ia dilakukan demi memuaskan selera hati mereka yang sedang digelorakan oleh beberapa pihak yang tidak mesra Islam dan saya redhakan perkara tersebut kerana pada saya mungkin ini suatu khafarah buat saya.

Ramai yang menuduh bahawa saya telah menghina namun ramai di kalangan mereka alpa dan mungkin tidak sedar bahawa apa yang sedang mereka lakukan itulah sebenarnya menghina. Dalam kealpaan mereka menuduh saya menghina mereka mungkin terlupa bahawa merekalah yang sedang melakukan apa yang mereka perkatakan sendiri secara terang-terangan dimana mereka sedang menghina melalui ungkapan serta niat untuk menghina namun saya tidak memperbesarkan isu tersebut walaupun sebenarnya sayalah insan yang telah dijadikan mangsa keadaan yang sebenar dalam isu ini yang mana sengaja dibangkitkan oleh segolongan dari mereka yang tidak bertanggungjawab dan anti Islam serta Melayu.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM yang telah bertindak secara Professional dalam perkara ini walaupun ada di kalangan mereka pegawai yang beragama hindu yang terlibat dalam penahanan saya namun mereka tetap bertindak secara matang demi memastikan kedaulatan undang-undang terjamin. Tidak lupa juga kepada semua warga anggota di balai polis Dang Wangi saya hadiahkan tabik hormat saya kepada anda semua.

Namun jauh disuatu sudut yang suram dan kecil di hati saya ada perasaan kecewa kerana saya amat pasti bahawa saya tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina namun saya telah ditahan serta direman selama 4 hari, saya akur kepada system perundangan tersebut walaupun saya tidak menghina, cuma naluri kekecewaan itu timbul kerana ada dikalangan individu seperti waytha, kula dan ramasamy yang terang-terangan dikhalayak ramai telah menghina Islam dan juga rakan-rakan bangsa Melayu saya namun tiada sebarang tangkapan yang pernah dilakukan setakat ini walaupun ratusan malah ribuan report polis yang telah dilontarkan keatas mereka. Apabila mengimbas senario tersebut jiwaku secara spontan meminta tuntutan keadilan buat diriku yang daif ini sehingga tercetusnya kekecewaan tersebut.

Tiada siapa yang kebal Undang-undang termasuk menteri kita cuma mungkin mereka belum bersedia untuk melaksanakan kata-kata mereka sendiri. Sungguhnya perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.

Semoga melalui ujian yang saya lalui ini Allah mengampunkan seluruh dosa saya, ibu bapa saya, keluarga saya serta seluruh dosa-dosa mereka yang sedang memperjuangkan syiar Islam dan semoga dengan ujian ini Allah membuka luas pintu hidayahnya buat semua rakan-rakan bukan Islam yang sedang mencari jalan kebenaran.

"Dakwah tetap akan diteruskan walau badai yang mendatang"

Zamri Vinoth
'Insan terhina di mata mereka'

Ulang siar entri Direman 4 Hari, Ini Luahan Pendakwah Zamri Vinoth.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Direman 4 Hari, Ini Luahan Pendakwah Zamri Vinoth.. 4.5 5 Unknown Saturday, May 4, 2019 Direman 4 Hari, Ini Luahan Pendakwah Zamri Vinoth.. Oleh : Zamri Vinoth Ya saya Zamri Vinoth, Wallahhi saya tidak mempunyai sedikit...


No comments:

Post a Comment