Kenapa Perlu Siarkan Upacara Pengislaman Di TV Soal ADUN PH..
Oleh : Siti Mariah Mahmud
Pagi ini saya menerima satu video upacara pengislaman seorang wanita, mungkin berbangsa Cina atau dari Sabah. Iras mukanya begitu. Saya tak tahu apa agama asalnya.
Upacara ini dibawa dalam program sembang sahur TV3. Saya tidak tahu bila program ini ditayangkan dan tak berpeluang pun menonton TV semasa bangun sahur di masa lalu. Sebagai Muslim kita gembira kerana mendapat saudara baru. Namun saya rasa program seumpama ini tidak perlu di udarakan di TV.
Ia menyinggung perasaan penganut agama lain jika yang memeluk Islam ini dari agamanya. Apa perasaan keluarganya jika dia memeluk Islam tanpa kerelaan keluarga.
Perkara yang mereka hendak rahsiakan kerana sudah pasti keluarga akan mendapat malu, dicemuh dan menerima tekanan dari kaum kerabat seagama kerana anak mereka sudah “murtad” dari agama mereka.
Negara kita negara majmuk berbilang agama. Agama Islam agama resmi negara kita ( utk negeri negeri Semenanjung) kecuali Sabah dan Sarawak.
Cuba bayangkan jika diudarakan yang bertukar agama itu berbangsa Melayu (yang mengikut perlembagaan juga seorang Islam), tentu melenting dan mengamuk orang Islam dan kita akan menuduh agama Islam dihina. Kita akan berteriak ia menyingung perasaan umat Islam. Mereka tidak menghormati agama Islam. Pelbagai polimik yang akan menyudutkan perasaan orang lain. Yang penting ialah perasaan kita, persetankan perasaan orang lain.
Bila kita mengenakan peraturan yang berlainan di dalam sebuah negara majmuk, maka sampai bila pun perpaduan sebenar di antara rakyat tidak akan tercapai. Kita umat Islam mahu orang menghormati agama Islam dan menerima Islam Rahmatan lil ‘Alamiin tetapi tindak tanduk kita menyakiti perasaan orang lain. Mungkin tidak semua sensitif tapi golongan yang sensitif inilah yang akan bertindak ekstrem atau melampau.
Mungkin kita hendak menyamakan apa yang kita buat ini sama dengan zaman Rasulullah SAW di mana yang berani memeluk Islam akan mengistiharkan dengan lantang dihadapan Ka’bah kerana semasa peringkat awal dakwah Nabi SAW menerima tentangan dan tekanan hebat dari pihak berkuasa Quraish. Memeluk Islam di Malaysia mudah, tiada siapa yang menghalang... apakah perlu diudarakan atau dilakukan secara langsung. Yang penting memenuhi rukun dan syaratnya.
Mungkin tulisan saya akan dikategorikan sebagai Islam tidak mendapat pembelaan oleh pimpinan PH?? What say you Dato Mufti Perlis?
Ini pendapat peribadi saya dan bukan konsensus pimpinan AMANAH atau PH. Boleh kritik dan kondem saya dan tidak berkait dengan sesiapa yang lain. - 4 Mei 2019.

Ulang siar entri Kenapa Perlu Siarkan Upacara Pengislaman Di TV Soal ADUN PH.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment