Malaysia Menang Acara Polo Ekuestrian, Gadis Tarik Balik Cabaran Bogel Dan Minta Maaf..

 On Wednesday, August 23, 2017  

Malaysia Menang Acara Polo Ekuestrian, Gadis Tarik Balik Cabaran Bogel Dan Minta Maaf..

Malaysia Menang Acara Polo Ekuestrian, Gadis Tarik Balik Cabaran Bogel Dan Minta Maaf..

Seorang wanita menjadi perhatian ramai selepas kenyataannya di Twitter bahawa dia mahu berbogel tular di media sosial. 

"Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial, pagi Selasa.
Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4. 

Perlawanan yang ditunggu-tunggu ramai gadis itu menyaksikan pertarungan antara dua pasukan membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah. 


Nurul Adilla Abd Rahim (rujuk gambar) menjelaskan bahawa apa yang ditulisnya di laman sosial itu hanyalah sekadar gurauan mesra tanpa berniat untuk melakukannya. 

"Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun. "Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya. 

Lebih dikenali sebagai Lala, pengamal media itu benar-benar tidak menyangka kenyataan tersebut boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. 

"Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini. 

Berikutan kekecohan itu, Lala memberitahu bahawa dia akan lebih berhati-hati selepas ini dalam membuat sebarang kenyataan di laman sosial. 

Sumber : Mstar

Ulang siar entri Malaysia Menang Acara Polo Ekuestrian, Gadis Tarik Balik Cabaran Bogel Dan Minta Maaf.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Malaysia Menang Acara Polo Ekuestrian, Gadis Tarik Balik Cabaran Bogel Dan Minta Maaf.. 4.5 5 Unknown Wednesday, August 23, 2017 Malaysia Menang Acara Polo Ekuestrian, Gadis Tarik Balik Cabaran Bogel Dan Minta Maaf.. Seorang wanita menjadi perhatian ramai selepas ...


No comments:

Post a Comment