6 Mitos-Mitos Mengenai Rogol - Dr. Izzat.

 On Thursday, February 8, 2018  

6 Mitos-Mitos Mengenai Rogol - Dr. Izzat.

6 Mitos-Mitos Mengenai Rogol - Dr. Izzat.

Oleh : Dr. Izzat

6 Mitos-Mitos mengenai ROGOL




MITOS 1 : ROGOL ADALAH SEKS

REALITI : Rogol bukan seks. Hubungan seks adalah antara 2 pihak yang setuju untuk lakukan hubungan kelamin dan sekaligus beri kebahagian pada mereka berdua. Rogol pula berunsur keganasan & meletakkan mangsa di bawah kekuasaan si perogol. Mana kebahagian dalam rogol itu untuk anggap ia seks
 

MITOS 2 : LELAKI TAK BERUPAYA MENGAWAL NAFSU SYAHWAT

REALITI : Rogol bukan ler disebabkan oleh tindakan melulu akibat desakan hawa nafsu. Kajan membuktikan bahawa kebanyakkan kes rogol adalah telah dirancang awal. Perogol memilih mangsanya dan mencari peluang dan masa yang sesuai untuk merogol.
 

Kalau ler rogol disebabkan nafsu syahwat, macam mana nak explain kes rogol yang melibatkan baby berumur 10 bulan dan wanita berumur 80an ?

MITOS 3 : PEROGOL NI KURANG SIUMAN SEBENARNYA, DAN TAK DIKENALI OLEH MANGSA 

REALITI ;

i) Perhubungan antara mangsa rogol & perogol keluarga : 7% 

ii) Boyfriend /Tunang : 19% 

iii) Kawan : 35% 

iv) Kawan yang baru kenal : 8% 

v) Majikan/bomoh/cikgu : 2% 

vi) Orang yang tidak dikenali : 16% 

Bukannya kurang siuman, tetapi perogol terdiri daripada mereka yang dikenali oleh mangsa.

MITOS 4 : WANITA BUAT CERITA JER, BUAT TUDUHAN PALSU 

REALITI : Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat tunjukkan hanya 2% kejadian rogol dilaporkan sebagai palsu. Kebanyakkan kes rogol tak dilaporkan dan mangsa lebih banyak diam diri disebabkan buntu dan takut dicemuh masyarakat.

MITOS 5 : SAPA SURUH PAKAI SEKSI-SEKSI ? KAN DAH KENA ROGOL! 

REALITI : Statistik menunjukkan 60% dari mangsa rogol adalah mereka yang berusia kurang 16 tahun. Takde pun seksinya kalau pakai baju sekolah. Orang pakai tudung dan tutup aurat pun kena rogol. Bila kita menyalahkan wanita punca kes rogol terjadi - kita buka peluang kepada perogol untuk lebih berani melakukan jenayah rogol.

MITOS 6 : ISTILAH ROGOL TAK WUJUD DALAM PASANGAN YANG DAH KAHWIN

REALITI : Bila anggapan bahawa wanita yang dah berkahwin adalah hak mutlak suaminya, wanita perlu memberikan semua hak ke atas tubuhnya kepada suami. Perkahwinan bukanlah lesen untuk merogol. Ada kes suami mendera isteri, lepas dera tu rogol plak. Rogol dalam perkahwinan berlaku apabila pasangan menuntut perlakuan seks yang kurang wajar dengan kekerasan, ancaman atau serangan dan tanpa kerelaan pihak yang satu lagi.

Ulang siar entri 6 Mitos-Mitos Mengenai Rogol - Dr. Izzat. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
6 Mitos-Mitos Mengenai Rogol - Dr. Izzat. 4.5 5 Unknown Thursday, February 8, 2018 6 Mitos-Mitos Mengenai Rogol - Dr. Izzat. Oleh : Dr. Izzat 6 Mitos-Mitos mengenai ROGOL MITOS 1 : ROGOL ADALAH SEKS REALITI : ...


No comments:

Post a Comment