Lelaki Maut Ditikam Kerana Suka Persendakan OKU.

 On Sunday, February 4, 2018  

Lelaki Maut Ditikam Kerana Suka Persendakan OKU.

Lelaki Maut Ditikam Kerana Suka Persendakan OKU.

Oleh : Bernama

Seorang lelaki maut ditikam rakan baiknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dalam satu kejadian di sebuah rumah di Pandamaran, Klang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa ditemui rebah di hadapan rumah suspek oleh seorang jirannya yang berumur 48 tahun.
Wanita terbabit kemudian meminta orang ramai menghantar mangsa ke hospital.
Bagaimanapun kata Shamsul Amar lelaki berumur 55 tahun itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akibat kecederaan parah pada bahagian dada akibat tikaman senjata tajam.
Katanya, terdahulu, laporan polis mengenai kecederaan dialami mangsa dibuat seorang pegawai perubatan HTAR kerana mengesyaki berlaku insiden mencurigakan ke atas lelaki tersebut.
Menurut Shamsul Amar, siasatan awal mendapati pembunuhan berlaku selepas suspek - berumur 51 tahun - dipercayai kurang senang dengan mangsa kerana sering mengejek keadaan fizikalnya yang kudung kaki kanan.
“Kedua-dua lelaki itu berkawan baik dan mangsa sering ke rumah suspek untuk menghabiskan masa bersama, namun tindakan mangsa yang sering mengejek lelaki OKU itu disyaki mendorong dia untuk menikam rakan baiknya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Shamsul Amar berkata susulan kejadian itu, suspek ditahan polis kira-kira jam 8 malam tadi di rumahnya.
Polis juga menemui sebilah pisau yang masih mempunyai kesan darah dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.
Beliau berkata mayat mangsa kini berada di Unit Forensik HTAR dan proses bedah siasat akan dijalankan 10 pagi ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ulang siar entri Lelaki Maut Ditikam Kerana Suka Persendakan OKU. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Lelaki Maut Ditikam Kerana Suka Persendakan OKU. 4.5 5 Unknown Sunday, February 4, 2018 Lelaki Maut Ditikam Kerana Suka Persendakan OKU. Oleh : Bernama Seorang lelaki maut ditikam rakan baiknya yang juga orang kelainan up...


No comments:

Post a Comment