17 Ekor Kucing Dibunuh Kejam, Dijamu Kepala Ayam Yang Dilumur Racun.

 On Tuesday, April 10, 2018  

17 Ekor Kucing Dibunuh Kejam, Dijamu Kepala Ayam Yang Dilumur Racun.

17 Ekor Kucing Dibunuh Kejam, Dijamu Kepala Ayam Yang Dilumur Racun.

Oleh : Persatuan Haiwan Malaysia

17 ekor kucing mati bergelimpangan diracun secara kejam!

Itulah nasib kucing-kucing gelandangan peliharaan Muhammad Nur Fiqry Zahari yang mati dalam kawasan rumah sendiri di Lorong Seri Kuantan, Kuantan Pahang, Malaysia akibat perbuatan khianat manusia yang tidak menyukai kucing.



Apalah sangat dosa kucing-kucing tersebut pada orang yang meracun mereka sampai mati. Ketika kejadian Nur Fiqry tiada di rumah. Pembunuh kejam mencampakkan kepala ayam mentah yang telah dilumur racununtuk membunuh 60 ekor kucing peliharaan Nur Fiqry. Bagaimana pun hanya 17 ekor kucing yang malang terkena kesan racun sehingga menyebabkan kematian.



Tragedy sadis dan tragis ini tidak boleh didiamkan dan diharapkan Nur Fiqry membuat laporan polis serta aduan bertulis kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk siasatan teliti dan menjejak pelaku sampai dihukum. Inilah masanya Akta Kebajikan Haiwan 2015 digunapakai secara menyeluruh untuk membolehkan hukuman untuk pelaku dapat dilaksanakan secara total.



Semoga Nur Fiqry terus tabah dan kuat semangat. Inilah dugaan dan kesusahan menjadi rescuer haiwan gelandangan.

Kepada pelaku yang masih bebas. Tidakkah anda boleh tidor dengan tenang setelah menzalimi dan menganiaya hingga mati makhluk lemah dan memerlukan perlindungan?



Sebarang bukti boleh disalurkan ke Animal Malaysia di malaysiaanimal@gmail.com

Ulang siar entri 17 Ekor Kucing Dibunuh Kejam, Dijamu Kepala Ayam Yang Dilumur Racun. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
17 Ekor Kucing Dibunuh Kejam, Dijamu Kepala Ayam Yang Dilumur Racun. 4.5 5 Unknown Tuesday, April 10, 2018 17 Ekor Kucing Dibunuh Kejam, Dijamu Kepala Ayam Yang Dilumur Racun. Oleh : Persatuan Haiwan Malaysia 17 ekor kucing mati bergelimpan...


No comments:

Post a Comment