Kerajaan Sekarang Tak Boleh Dikritik Jika Tidak...

 On Tuesday, September 25, 2018  

Kerajaan Sekarang Tak Boleh Dikritik Jika Tidak...

Kerajaan Sekarang Tak Boleh Dikritik Jika Tidak...

Oleh : Hadri Shah
 

Susahnya bukan main lagi nak keluar dari cengkaman rejim (ayat yang selalu hang pakai tuju ke kerajaan Barisan Nasional).

 
Beberapa tahun sebelum PRU, kita pakat-pakat menangis baca laporan dari Unicef pasal anak-anak Flat. Bengkak mata bila dapat tau peratusan tinggi data mengenai anak-anak yang terencat tumbesaran. Kepala kita jenuh -geleng bila The Edge cakap majoriti gaji pekerja Malaysia ni kurang dari 2K sebulan. Rumah makin mahal, sistem pendidikan tunggang langgang. Hang pula buat kira-kira nak justifikasikan betapa dholimnya GST terhadap rakyot bawahan. Ini termasuklah kutipan tol yang macam gampang tu.

Dari situ hang beriltizam. Dalam setiap doa hang sebut nak berubah. Dalam masa yang sama, hang dengan sukarelanya jadi tukang kempen. Hang bertemu dengan jiran tetangga, hang berkempen dengan ahli keluarga tak kira masa; raya ke tak raya, janji semua orang Rise, Inikalilah!

Mulut hang basah dengan dzikir "demokratik", "revolusi", "kuasa rakyat".

Hang percaya suatu ketika nanti kita semua mampu mencipta perubahan (dengan peralihan kuasa bukan dengan cara menjadi lebih demokratik)

Tapi selepas 9 Mei, hal-hal Unicef, hal gaji, hal masyarakat demokratik semua ni dah taboleh ditandingi dengan langkah politik sana sini. Banyak flip-flop. Banyak pula yang kena kaji. Masyarakat pula dah tak boleh halang keputusan-keputusan kerajaan. Kawan kat pejabat, kawan dalam grup whatsapp nasihatkan "Bro, kenalah bagi masa depa buat kerja".

Kita yang menangis dulu sebab dapat tau 90 peratus anak-anak pergi ke sekolah datang dari keluarga berpendapatan kurang 1,500, kini terpaksa buat analisis buruk ke bagus pilihanraya kecil kat PD. Ada yang berdoa supaya Mahathir turun cepat. Tak kurang juga yang cakap rilekslah Anwar, 2 tahun je pun. Kalut sangat nak pi mana?

Hal siapa jadi Perdana Menteri, siapa bagus, siapa gampang, kem azmin lawan kem rafizi, Malaysia kejap nak bangkrap kejap ekonomi berkembang - benda ni dah jadi lebih penting dari gaji minimum hang yang menteri putus cukuplah sekadar RM1,050. Barang belum turun harga. Hidup masih sama. Tapi yang paling utama, kita semua kena ingat pesanan puteri reformasi supaya jangan lupa janji, beri mandat kat bapak dia jadi Perdana Menteri.

Kalau tak, melingkuplah semua rakyat Malaysia.

Jadinya, hal asasi yang kita mahukan selepas tumbangnya Najib & Co ni mau takmau kenalah simpan dalam kocek dulu.

Sabarlah.
Lagipun benda ni semua jadi pun sebab kan hang pernah cakap, suara hang suara keramat?

Ulang siar entri Kerajaan Sekarang Tak Boleh Dikritik Jika Tidak... bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kerajaan Sekarang Tak Boleh Dikritik Jika Tidak... 4.5 5 Unknown Tuesday, September 25, 2018 Kerajaan Sekarang Tak Boleh Dikritik Jika Tidak... Oleh : Hadri Shah   Susahnya bukan main lagi nak keluar dari cengkaman rejim (ayat...


No comments:

Post a Comment