Apa Berlaku Pada Dan Sebelum 13 Mei 1969?
Oleh : Arif Atan
Apa berlaku pada dan sebelum 13 Mei 1969?
Bandingkan sejumlah penulisan dalam Malaysiakini semalam dengan disertasi MA Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya bertajuk "13 Mei 1969 : Sejarah Hitam Hubungan Kaum Melayu dan Cina di Kuala Lumpur" (2006) oleh Abdul Rahman bin Ibrahim.
Disertasi ini kemudiannya dibukukan dengan judul "13 Mei 1969 di Kuala Lumpur" dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2011.
Dan dalam disertasi ini tidak ada ungkapan, "Tidak semua faktanya dapat disahkan" seperti awal-awal dinyatakan dalam nota editor Malaysiakini.
Dalam Bab 6 ada didokumentasikan pengalaman sejumlah individu yang diwawancara. Mereka terdiri daripada lapan orang Melayu, dua Cina dan seorang India.
Kita boleh nilaikan penulisan ilmiah tersebut jauh berbeza dengan cara laporan Malaysiakini dalam siri mengimbau 13 Mei itu.
Kita juga boleh mengesan bagaimana PUNCA meletusnya pergaduhan kaum itu serta bentuk perkauman yang wujud pada waktu itu.
Lihat saja pada peta di bawah, siapa yang melakukan perarakan provokasi dan siapa yang melakukan perarakan balas. Liputan kawasan perarakan juga memberi gambaran kepada kita siapa yang membakar api kemarahan.
Pada masa sama, pemetaan kawasan terlibat dengan pertumpahan darah itu juga boleh dikenalpasti. (Dalam salinan kembali ini, saya hurufbesarkan tempat terlibat).
Tidak berpakaian batik
Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang ketika itu berjawatan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) memberitahu beliau, isterinya orang Inggeris dan anak mereka Susan Karen Radzi berjaya meloloskan diri dari Panggung Federal walaupun mulanya ditahan secara kasar oleh lelaki bersenjata parang.
Tanpa menyebutkan identiti kaum lelaki bersenjatakan parang yang merupakan antara berpuluh-puluh orang bersenjatakan besi runcing, parang, lembing, botol dan besi paip yang sebelum itu memecahkan pintu tingkat bawah pawagam tersebut, apa yang ditulis ialah:
"Mungkin kerana beliau (Radzi) tidak berpakaian batik dan berkulit cerah, tambahan pula isterinya seorang wanita Irish, lelaki bersenjata itu melepaskannya."
Menarik juga pengalaman pekerja LOMBONG SUNGAI BESI Mines Tin Dredging Limited turut dirakamkan.
Mat Aini Haji Kassim yang ketika ditemubual berusia 65 tahun berkata, sentimen perkauman telah lama dirasai sebelum tercetusnya 13 Mei ketika beliau bekerja di lombong yang terdiri daripada majoriti pekerja Cina itu.
Menurutnya, mandur lombong berbangsa Cina dikenali sebagai Yap Kiau agak kasar dan keras terhadap pekerja Melayu sebaliknya bersikap lebih lunak dan lembut dalam memberikan layanan kepada pelombong Cina.
Katanya lagi, dalam tempoh berkempen PRU 1969, walaupun tiada insiden buruk berlaku antara pelombong Melayu dan Cina tetapi suasana mesra yang wujud sebelumnya agak terganggu.
Seorang lagi pekerja lombong itu ialah Tuan Haji Samad Mat Sah, 72 tahun. Berperanan sebagai Ketua Pelombong Melayu, ujarnya, dalam tempoh satu hingga dua minggu menjelang Pilihan Raya 1969, memang terasa wujud rasa resah dan saling curiga antara pelombong Melayu dan Cina.
Hinggakan pihak pengurusan lombong mengeluarkan arahan melarang semua pelombong Melayu dan Cina berbual atau berbincang apa sahaja topik melainkan hal-hal kerja ketika bertugas.
Seorang lagi yang ditemubual, Hamzah Singah, 62 tahun memberitahu ketika itu parti pembangkang hangat menggembar-gemburkan hal berkaitan hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Rapat umum parti pembangkang ketika itu banyak dihadiri oleh kaum Cina.
Chong Thean Huat dari Kepong yang turut terlibat dalam perarakan mayat Lim Soon Seng pada 9 Mei 1969 pula bercerita tentang pergaduhan antara orang Cina dengan orang Melayu tercetus di JALAN PEEL, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, KAMPUNG BARU, KAMPUNG PANDAN dan KAMPUNG KERINCHI. Bagi Chong Thean Huat, pergaduhan Melayu dan Cina di Kuala Lumpur berpunca dari Kampung Baru.
Ramasamy yang ketika tragedi berdarah itu berlaku tinggal di kuarters KTM SENTUL. Beliau sendiri melihat depan mata bagaimana kumpulan orang Cina berarak membawa senjata tajam seperti pedang dan lembing berpakaian ala ninja dan dalam keadaan seperti mahu mengamuk.
Katanya, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina di PASAR SENTUL. Banyak tompokan darah di atas jalan raya.
Kesat dan lucah
Pengalaman individu yang ditemubual pengkaji itu juga menjelaskan kepada kita bahawa pertempuran berdarah orang Cina dan Melayu bukan secara tiba-tiba tercetus pada 13 Mei 1969.
Tuan Haji Azahari Mohd Nor, 59 tahun ketika ditemubual berada di Kampung Pandan di rumah ibunya semasa peristiwa itu berlaku. Katanya, dua atau tiga hari sebelum berlakunya pertumpahan darah itu, berlaku kejadian orang Cina di PASAR PUDU memaki hamun orang Melayu dengan kata-kata kesat dan lucah.
Begitu juga semasa mengadakan perarakan, ada dalam kalangan mereka yang meludah ke arah orang Melayu yang lalu di tepi jalan dan ada juga yang kencing dari atas lori.
Haji Azahari juga berkata, kumpulan orang Cina dari AMPANG cuba masuk ke kawasan Kampung Pandan. Beliau yang menyertai kumpulan berkawal di kampung itu berjaya menghalau mereka.
Menurut Tuan Haji Dr Mohd Nor Omar, 52 tahun pada waktu berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, beliau masih berusia 16 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Alam Shah di Jalan Tenteram, CHERAS.
Pada malam kejadian, Haji Dr Mohd Nor bersama-sama pelajar tingkatan lima dan enam berkawal di kawasan sekolah. Namun, mereka kemudiannya lari masuk ke bilik asrama apabila ada orang Cina cuba memanjat pagar sekolah. Ketika itu, beliau dapat melihat kepulan asap di banyak tempat di kawasan Cheras dan sekitarnya.
Tuan Haji Mohd Ariff Ab. Ghani ketika itu tinggal di KAMPUNG DATUK KERAMAT. Ketika kejadian beliau yang pandai silat terus ke Kampung Baru dan berkampung di Balai Datuk Harun. Katanya, banyak mayat bergelimpangan di atas jalan raya dekat PANGGUNG ODEON.
Dalam bukunya terbitan 1992, Tan Sri Aishah Haji Abdul Ghani juga ada merakamkan detik-detik cemas rusuhan 13 Mei 1969.
Ketika memandu kereta bernombor BJ 863 dari dusun durian di Batu 9, Gombak mahu pulang ke rumahnya di Jalan Daud, Kampung Baru, Tan Sri Aishah melihat ratusan anak muda Melayu membawa parang, lembing, dan kapak berarak menuju ke sebuah kilang di SETAPAK sambil melaungkan kata-kata:
"Orang Melayu sudah cukup sabar, mereka ini perlu diajar".
Tan Sri Aishah juga berasa marah apabila teringat akan bahasa kesat yang dilemparkan oleh orang Cina di PASAR CHOW KIT terhadap orang Melayu.
Namun, Tan Sri Aishah memberitahu beliau berjaya menyelamatkan seorang pemuda Cina yang bertugas dengan Tentera Laut Diraja Malaysia lari lintang-pukang tanpa berkasut terus masuk ke rumahnya untuk mendapatkan perlindungan. Sebelum itu, pemuda Cina tersebut pulang bercuti dan pergi menonton wayang di PANGGUNG FEDERAL.
Tan Sri Aishah juga menyelamatkan beberapa kanak-kanak Cina. Salah seorang budak perempuan Cina itu telah dihantar ke rumah keluarganya di Sungai Besi oleh suaminya.
Kata Tan Sri Aishah, sekitar jam 6 petang pada 13 Mei 1969, api menjulang tinggi dan beberapa buah kenderaan dibakar. Menjelang senja keadaan semakin huru-hara. Rumah beliau di JALAN DAUD pula menjadi tempat orang ramai mencari perlindungan. Kira-kira jam 11 malam, Tan Sri Aishah melihat sendiri bangunan empat tingkat di PASAR CHOW KIT dibakar. Api yang marak boleh dilihat di rumahnya di Kampung Baru.
Tan Sri Aishah menceritakan peristiwa sedih tentang kanak-kanak cacat di KAMPUNG PASIR yang tidak dapat melarikan diri bersama-sama keluarganya ketika rumahnya dibakar.
Juga seorang ibu Melayu dari Kajang kehilangan dua anak lelakinya yang dibunuh di Panggung Federal Kuala Lumpur.
Kesimpulannya, usah lagi memarakkan api perkauman dengan menyusun naratif seolah-olah orang Melayu begitu zalim sehingga tiba-tiba sangguh membunuh kaum lain manakala orang Cina pula begitu terlalu serba-serbi teraniaya lagi tertindas semasa peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Hari ini selepas 50 tahun Tragedi 13 Mei, buktikan keikhlasan kita sebagai warganegara Malaysia yang tidak lagi berkiblatkan Tanah Besar China atau India.
Setiap rakyat Malaysia mesti hidup saling menghormati, fasih dan menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam segala urusan harian termasuk ketika bercakap di khalayak ramai, mengamalkan Rukun Negara, menghormati semangat Perlembagaan, mengagihkan kek ekonomi, tidak mencampuri urusan agama Islam, bersekolah di Sekolah Kebangsaan serta bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati.

Ulang siar entri Apa Berlaku Pada Dan Sebelum 13 Mei 1969? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment