Melayu Masih Agungkan Jenama Sendiri Dengan Unsur Penjajah - Sayed Munawar.

 On Thursday, May 16, 2019  

Melayu Masih Agungkan Jenama Sendiri Dengan Unsur Penjajah - Sayed Munawar.

Melayu Masih Agungkan Jenama Sendiri Dengan Unsur Penjajah - Sayed Munawar.

Oleh : Sayed Munawar

Hanya 21 sahaja dalam kalangan hampir 200 reruai usahawan Melayu di sebuah karnival Ramadan menggunakan jenama Melayu tulen dan baku.

 
Gambar Hiasan
Selebihnya pantas sangat mengaitkan jenama perniagaan mereka dengan unsur penjajah dan asing.

Awalan Le, D’ dan The, selain istilah boutique, cookies dan couture umpama bait-bait doa yang bakal membawa laba dan kunjungan pembeli yang berbondong-bondong. Hakikatnya, tidak.

Lebih menarik lagi, penjual tanjak hampir-hampir menambat hati saya dengan gelagat bertanjaknya sehinggalah saya mendapati jenama gerainya dilacurkan dengan istilah ‘By..’.

Aduhai…

Baru sahaja bercadang hendak mengangkat si penjual tanjak sebagai usahawan Melayu yang berjiwa Melayu kental (meski dia memperaga tanjak sambil berkemeja T)

Kita lupa, apa yang kita fikir akan menelurkan kata-kata, dan kemudiannya kata-kata bakal menjadi perlakuan dan perlakuan akan membentuk realiti masa depan kita sebagai sebuah bangsa.

Selepas lebih enam dasawarsa kita merdeka, kita masih terpana dengan jenama-jenama orang lain, bahkan, lebih malang lagi, jenama bekas penjajah kita.

Dan di sini kita tanpa segan silu bersungguh benar mempolemikkan ulang tahun ke 50 insiden 13 Mei sebagai pencetus semangat Melayu yang tulen, kononnya.

Jauh di sudut hati, kita yang Melayu-Melayu ini, sebenarnya, tidak kisahkan pun diri kita terus dilembukan oleh orang lain, tanpa kita sedar. Lihat sahaja cara kita menjenamakan diri kita sendiri..

Ulang siar entri Melayu Masih Agungkan Jenama Sendiri Dengan Unsur Penjajah - Sayed Munawar. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Melayu Masih Agungkan Jenama Sendiri Dengan Unsur Penjajah - Sayed Munawar. 4.5 5 Unknown Thursday, May 16, 2019 Melayu Masih Agungkan Jenama Sendiri Dengan Unsur Penjajah - Sayed Munawar. Oleh : Sayed Munawar Hanya 21 sahaja dalam kalangan hampi...


No comments:

Post a Comment