Kisah Tun Ismail Ali Bekas Gabenor Bank Negara.
Kisah Tun Ismail Ali Bekas Gabenor Bank Negara
Cerita-cerita ni, hangpa tak dengaq la kat mana-mana sebab ini pengalaman bapak aku sendiri kut. Bapak aku, Ahmad, bekas pegawai keselamatan bank negara. Dari tahun 60an sampai lah hujung 90an. Dia cakap, Tun Ismail Ali ni lah Gabenor yang dikenali " A man with principles" sebagai the best governor BNM ever had. Nama dia aja boleh buat orang2 kat Bank Negara takut. Tun Ismail Ali ni, abang kepada Tun Hasmah Ali.
Rumah gabenor sudah 5 tahun tak ubah-ubah. Tak dak renovation la... Mai la beberapa orang pegawai, arkitek dan kontraktor kat rumah dia, dia halau semua sekali. Dia cakap "Tak payah! Rumah ni elok lagi!".
Kemudian, bangunan Bank Negara nak renovate. RM19 juta. Sampai ja kat Gabenor cengey ni, dia jerkah "Apa tiles2 ni? Hangpa ingat ini hotelkah? Ini bank. Jangan buang duit rakyat". Turunlah kepada RM11 juta.
Ada sekali tu, kereta dia rosak. Betul-betul depan Gate A Bank Negara. Jadi securities semua kena tolak lah. Nak singkatkan perjalanan, diorang kena lalu jalan shortcut. Tau si Ismail Ali cakap apa? "Itu no entry! Lalu jalan yang betul!".
Datanglah wakil World Bank melawat Malaysia. Oleh kerana si laki2 ni sibuk meeting, yang bini-bini ni nak la meronda KL. Pegawai pun telefon Gabenor nak mintak kebenaran pakai kereta Gabenor. Gabenor cakap "Itu kereta gabenor atau kereta bini dia? Suruh dia pakai kereta dia".
Semua manager takut ngan dia. Ada sekali tu, HR punya orang ka apa tah, nak grade kan securities kepada bawah dari kerani. Si gabenor ni jerit, "Panggil dia mai sini, la ni gak!". Sampai ja pegawai tu kat dia, terus dia jerit "Malam hang jaga bank ka depa tu yang jaga? Depa lagi rajin dari hang!".
Tengku Razaleigh time tu Menteri Kewangan. Dia mai lambat dalam satu meeting. Tau si Ismail Ali ni cakap apa?. "How are you Tengku? You are late! Next time call me first".
Pegawai-pegawai kerajaan dari macam2 la agensi kewangan lain datang la ke bank negara. Dalam meeting tu, sorang pegawai cakap "i think...". Gabenor potong cakap dia terus "You should think the night before. Now this is the time for you to say what it is, not think of it..."
Ada lagi dua tiga cerita yang bapak aku cakap. Cuma stakat ni je la kut buat masa ni... Morale of the story, man with principles menyebabkan nama kita dikenang dengan cantik. Imelda Marcos orang kenang dengan sesuatu yang buruk dan aku percaya, keturunan dia pun malu nak ngaku, Imelda tok nenek dia...
Ulang siar entri Kisah Tun Ismail Ali Bekas Gabenor Bank Negara. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment