Wajah2 Pelumba Haram MYVI Yang Didakwa Kerana Menyebabkan Kematian 3 Nyawa.

 On Friday, May 8, 2015  

Wajah2 Pelumba Haram MYVI Yang Didakwa Kerana Menyebabkan Kematian 3 Nyawa.

Wajah2 Pelumba Haram MYVI Yang Didakwa Kerana Menyebabkan Kematian 3 Nyawa.

Didakwa. Kurang dari 2 minggu terus kertas siasatan siap sehingga membawa kepada proses pendakwaan. Kenapa polis cepat-cepat menjalankan tugas neh? Jawapannya mudah. Sebab orang awam ambil berat. Jika orang awam ambil berat dan beri tekanan kepada kerajaan, maka mereka semua akan laju-laju buat kerja. 

Begitu juga dengan kes GST.

Setakat 10 ribu, 20 ribu, 40 ribu turun ke jalanan dan harap GST akan mahsuh?

Memang tak la. Mimpi di siang hari la kau semua.

Kurang2 1 hingga ke 3 juta rakyat Malaysia perlu berada di Putrajaya sana bagi mendesak kerajaan mengkaji pelaksanaan GST tahu tak?

Dan kau rasa rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai ke? Memang tak la. Baik dorang pentingkan diri sendiri lagi bagus.

Hehe.

Berbalik kepada isu pokok.

Ini gambar2 individu yang didakwa kerana mengakibatkan 3 kematian yang menaiki kenderaan Pajero Sport apabila bertembung dengan 2 dari 6 Myvi yang berlumba pada jam 1 pagi.

Tengok ;


Mohd Fizal Reza Jamaluddin. Umur 31. 


Wanita pula Siti Noor Aini Mohd Said. 35 tahun. Tutup muka habis. Tak dapat nak tengok-tengok. Dalam berita pun tak dapat nak tengok-tengok. Nampak mata je.

Tahu pula cuak ek kau.

Tapi buat laporan polis menyalahkan mangsa kejadian slumber pula.

Masa tue tak terfikir la yang akhirnya kau berdua akan didakwa kan? Sekarang rasakan.

Mereka berdua didakwa bawah Seksyen 41(1) Akta pengangkutan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Jun depan.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara antara dua hingga sepuluh tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000.


Passport kedua2 individu itu disimpan mahkamah sehingga kes perbicaraan selesai. Masing2 diikat jamin sebanyak 9,000 seorang dan lesen mereka pula digantung.

Ketika dalam perbicaraan, Fizal dan Siti mengakui masing2 tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Ulang siar entri Wajah2 Pelumba Haram MYVI Yang Didakwa Kerana Menyebabkan Kematian 3 Nyawa. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Wajah2 Pelumba Haram MYVI Yang Didakwa Kerana Menyebabkan Kematian 3 Nyawa. 4.5 5 Unknown Friday, May 8, 2015 Wajah2 Pelumba Haram MYVI Yang Didakwa Kerana Menyebabkan Kematian 3 Nyawa. Didakwa. Kurang dari 2 minggu terus kertas siasatan siap se...


No comments:

Post a Comment