Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Minimum Baru Jumaat Ini - M.Kulasegaran

 On Sunday, August 5, 2018  

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Minimum Baru Jumaat Ini - M.Kulasegaran

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Minimum Baru Jumaat Ini - M.Kulasegaran

Oleh : Bernama

Kerajaan dijangka memuktamadkan kadar kenaikan gaji minimum untuk peringkat awal pada mesyuarat Kabinet Jumaat depan, kata Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.

Beliau berkata buat masa ini jumlahnya belum diputuskan namun kadarnya akan diseragamkan antara pekerja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Moga ada berita baik nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kerusi roda kepada 20 penerima di Kampung Tawas dan Kampung Kepayang, di sini hari ini.

Katanya buat masa ini gaji minimum pekerja di Sabah dan Sarawak adalah sekitar RM800 dan RM920 manakala di Semenanjung pula RM1,000 sebulan.

Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata kenaikan kadar gaji minumum kepada RM1,500 itu akan dilaksana secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun agar tidak membebankan majikan.

“Kita bukan naikkan RM1,500 sekali gus. Jika kita lakukan sedemikian akan menyusahkan syarikat swasta kerana pendapatan mereka akan berkurangan sehingga menyebabkan perniagaan tidak boleh beroperasi,” katanya.

Penyeragaman gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh 5 tahun terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Ulang siar entri Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Minimum Baru Jumaat Ini - M.Kulasegaran bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Minimum Baru Jumaat Ini - M.Kulasegaran 4.5 5 Unknown Sunday, August 5, 2018 Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Minimum Baru Jumaat Ini - M.Kulasegaran Oleh : Bernama Kerajaan dijangka memuktamadkan kadar kenaikan gaj...


No comments:

Post a Comment