Indonesia Serahkan Equanimity Kepada Malaysia.

 On Sunday, August 5, 2018  

Indonesia Serahkan Equanimity Kepada Malaysia.

Indonesia Serahkan Equanimity Kepada Malaysia.

Indonesia bersetuju untuk menyerahkan kapal mewah bernilai AS$250 juta yang diimpaun di Bali pada awal tahun ini yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1MDB, kata pihak berkuasa Indonesia hari ini.

 
Equanimity yang berdaftar di kepulauan Cayman itu dirampas pada Februari atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam siasatan rasuah berkaitan dengan 1MDB oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

Mahkamah Indonesia pada April mengisytiharkan kapal itu diimpaun secara salah dan perlu dilepaskan kepada pemiliknya.

Polis Indonesia merampas semula kapal itu pada Julai selepas menerima permohonan bantuan undang-undang secara rasmi daripada AS.

Polis Indonesia berkata kapal itu akan diserahkan kepada Malaysia tetapi tidak memaklumkan bila ia akan dilakukan.

“Kapal itu akan diserahkan di sempadan perairan Indonesia dan Malaysia,”
kata Daniel Silitonga, timbalan ketua siasatan jenayah khas dan ekonomi.

Beliau berkata kapal itu sekarang ini berada di perairan berdekatan sempadan Singapura dan pulau Batam.

Sumber pada Jumaat memberitahu keputusan itu dibuat selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pejabat perdana menteri tidak menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Dr Mahathir, 93, melawat Indonesia pada Jun, lawatan rasmi pertamanya di rantau ini selepas memenangi pilihan raya.

1MDB, yang ditubuhkan Najib, di tengah-tengah siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk AS, Switzerland dan Singapura. Sejumlah AS$4.5 bilion digelapkan daripada 1MDB oleh pegawai-pegawai berpangkat tinggi di syarikat itu dan rakan-rakan mereka, menurut tuntutan mahkamah sivil yang difailkan DoJ.

Najib menafikan sebarang salahlaku.

Ahli perniagaan Low Taek Jho dilihat sebagai watak utama dalam skandal ini. Menurut tuntutan itu, Jho Low menggunakan hasil kutipan yang dilencongkan dari 1MDB untuk memperoleh Equanimity, kapal sepanjang 91m.

Pihak berkuasa Malaysia mahu menahan Jho Low tetapi kedudukannya ketika ini tidak diketahui. Pasportnya dibatalkan dan satu waran tangkap sudah dikeluarkan terhadapnya.


Sumber : Free Malaysia Today / Reuters.

Ulang siar entri Indonesia Serahkan Equanimity Kepada Malaysia. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Indonesia Serahkan Equanimity Kepada Malaysia. 4.5 5 Unknown Sunday, August 5, 2018 Indonesia Serahkan Equanimity Kepada Malaysia. Indonesia bersetuju untuk menyerahkan kapal mewah bernilai AS$250 juta yang diimpaun di ...


No comments:

Post a Comment