Jabatan Agama Islam Perak Tarik Balik Sijil Halal Ke Atas Ayam PCK.

 On Wednesday, June 10, 2015  

Jabatan Agama Islam Perak Tarik Balik Sijil Halal Ke Atas Ayam PCK.

Jabatan Agama Islam Perak Tarik Balik Sijil Halal Ke Atas Ayam PCK.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) mengesahkan sijil halal pusat penyembelihan ayam di Seri Manjung, PCK Processing and Marketing Enterprise telah ditarik balik.
Sijil itu ditarik balik pada 1 Jun lalu kerana melanggar prosedur sijil pengesahan halal Malaysia yang disebabkan pusat penyembelihan ayam syarikat itu yang kotor.
Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin mengesahkan penarikan balik sijil halal itu selepas syarikat itu gagal mematuhi arahan walaupun dua kali notis amaran diberikan.
Katanya, syarikat itu tidak boleh menggunakan logo halal berkuatkuasa 1 Jun lalu.
Syarikat berkenaan telah memohon semula sijil halal pada 5 Jun lalu tetapi perlu melalui proses yang lama kerana melibatkan kes sijil ditarik balik berbanding sijil digantung yang mana tempoh memproses permohonan semula lebih pendek. -FMT.

Ulang siar entri Jabatan Agama Islam Perak Tarik Balik Sijil Halal Ke Atas Ayam PCK. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Jabatan Agama Islam Perak Tarik Balik Sijil Halal Ke Atas Ayam PCK. 4.5 5 Unknown Wednesday, June 10, 2015 Jabatan Agama Islam Perak Tarik Balik Sijil Halal Ke Atas Ayam PCK. Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) mengesahkan sijil halal pusat p...


No comments:

Post a Comment