PKR Akan Berbincang Kemasukan PasMa Ke Dalam PR.

 On Monday, June 8, 2015  

PKR Akan Berbincang Kemasukan PasMa Ke Dalam PR.

PKR Akan Berbincang Kemasukan PasMa Ke Dalam PR.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan perbincangan mengenai kedudukan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR)
Ia dilakukan dengan mengambil kira pelbagai pandangan memandangkan kedudukannya yang berstatus pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Mengulas mengenai perkara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia akan dibawa ke dalam mesyuarat.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada akan berbincang dengan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan pemimpin-pemimpin PR yang lain.
“PasMa masih lagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kita akan bertemu dan berbincang mengenai perkara itu,” katanya yang menjawab soalan pemberita mengenai desas desus PasMa akan bersama PR.
Ketika ditanya peranan PKR bagi menjernih semula hubungan antara Pas dan DAP, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau sendiri akan bertemu dengan pemimpin parti berkenaan dalam masa terdekat bagi menjernihkan hubungan.
“Kita akan bertemu dalam masa terdekat. Saya akan bertemu mereka di Parlimen. Tetapi esok saya akan pergi ke Sabah,” ujarnya ringkas. -FMT.

Ulang siar entri PKR Akan Berbincang Kemasukan PasMa Ke Dalam PR. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
PKR Akan Berbincang Kemasukan PasMa Ke Dalam PR. 4.5 5 Unknown Monday, June 8, 2015 PKR Akan Berbincang Kemasukan PasMa Ke Dalam PR. Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan perbincangan mengenai kedudukan Persatua...


No comments:

Post a Comment