TMJ Sindir Najib Kaw2 Kerana Tak Hadir Dalam Program Nothing2Hide - #RunNajibRun.

 On Friday, June 5, 2015  

TMJ Sindir Najib Kaw2 Kerana Tak Hadir Dalam Program Nothing2Hide - #RunNajibRun.

TMJ Sindir Najib Kaw2 Kerana Tak Hadir Dalam Program Nothing2Hide - #RunNajibRun.


Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Najib Razak tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur hari ini atas alasan keselamatan.
Pengkritik beliau pula berkata Najib “bacul” untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, bagi Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, lain pula telahannya.

“Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?

“Tentu sekali dia tidak akan muncul,” titah baginda.

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam Nothing2Hide, dialog terus terang bersama aktivis NGO, dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Suara pertama kerabat

Beliau bagaimanapun tidak hadir setelah polis mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.

Semalam, Mahathir dispekulasi meluas akan hadir dan bertembung dengan Najib dalam majlis itu.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu pagi ini benar-benar tunjuk muka dan berucap sebentar kepada orang ramai sebelum diminta berhenti dan diiring supaya beredar.

Menulis dalam Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail juga mengingatkan supaya pihak yang diberi amanah tidak menyalahkan rakyat kerana hilang kepercayaan.

“Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda,” titahya.

Tengku Ismail dipercayai kerabat pertama bersuara tentang perselisihan antara Najib dan Mahathir.
Kenyataan daripada pihak istana Johor itu sedikit sebanyak dilihat memberikan tamparan kepada Najib yang pentadbirannya diasak daripada segenap penjuru dalam isu 1MDB. -Mkini.

Ulang siar entri TMJ Sindir Najib Kaw2 Kerana Tak Hadir Dalam Program Nothing2Hide - #RunNajibRun. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
TMJ Sindir Najib Kaw2 Kerana Tak Hadir Dalam Program Nothing2Hide - #RunNajibRun. 4.5 5 Unknown Friday, June 5, 2015 TMJ Sindir Najib Kaw2 Kerana Tak Hadir Dalam Program Nothing2Hide - #RunNajibRun. Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Najib R...


No comments:

Post a Comment