Ini Luahan Sedih Aliff Syukri Setelah Dikecam Netizens Kaw-Kaw..
Wanita itu adalah pekerjanya. Dan aksi itu sebenarnya gimik pemasaran bagi mempromosikan produk syarikatnya. Itulah penjelasan Datuk Aliff Syukri yang membuka mulut mengenai kontroversi terbaru yang membabitkan dirinya.
Pada isnin lepas, Datuk Aliff Syukri telah dihentam berjemaah oleh warga netizens kerana memperlekehkan rupa paras dan warna kulit menerusi rancangan hiburan Gegar Vaganza.
Dalam program itu, Datuk Aliff Syukri telah menghampiri seorang wanita dan mengatakan mahu produknya dicuba oleh wanita yang dianggapnya sebagai hodoh itu.
Alif Syukri juga dilihat mempersendakan warna kulit Satesh beberapa kali. Kedua-dua aksi Alif Syukri itu nampaknya menimbulkan perasaan tidak senang dikalangan penonton Gegar Vaganza maka sebab itulah ianya dikritik.
BACA : Wanita Ini Dikutuk Hodoh Secara Terbuka Dalam Program TV..
Meskipun telah diketahui ia berkemungkinan besar adalah gimik pasaran, netizens berharap Alif Syukri lebih bertanggungjawab pada masa-masa akan datang. Tidak salah mempromosikan produk tetapi itu tak bermaksud perlu merendahkan rupa paras dan warna kulit seseorang ketika melakukan promosi.
BACA : Memang Standard Program Hiburan Hina Rupa Paras..
Berikut dibawah ialah penjelasan panjang lebar Datuk Aliff Syukri mengenai hal itu;
"Semoga anda yang menilai sendiri dan letakkan diri anda ditempat saya menaja program berjuta mesti lah ada konsep dan dah refer pada semua..
Inilah wanita yang jadi model pada malam tersebut adalah Kila yang merupakan team kami yang telah kita beritahu awal untuk menjadi testimoni pada malam tersebut. Sebab tu kita dah plan dia duduk hujung senang kameraman nak capture. Bukan kita main terjah je kamera pun tak sempat nak ikut. Siapa yang ada di auditorium akan tahu....
Kalau tengok GV setiap minggu pasti tahu saya akan buat demo dan setiap minggu kami hanya menggunakan team kami sendiri dan bukan orang luar. Ingat saya berani ke tonyoh muka orang tak minta izin.
Apapun yang khilaf itu dari saya sebab terlepas cakap saya dah pun minta maaf pada malam tersebut dalam slot abang bawang. Tapi kalau mana yang nak terus mengutuk dan menghina silakan. Saya tak mampu puaskan hati anda semua. Begitu juga kes Amelina dan Santesh pun saya minta maaf kerana niat saya bergurau akhirnya membawa padah dan menyinggung perasaan orang walapun orang lain cakap tak pula menjadi issue.
Terima kasih pada sesiapa yang dah kutuk, hina dan sebagainya terima kasih juga yang masih memberi semangat, semangat saya berniaga tidak terhenti disebabkan anda yang menghina.
Nanti ada yang cakap asyik minta maaf je pastu buat lagi. Ini berbayar la apa la silakan sebab anda berhak bagi komen. Selagi nama manusia mestilah ada salah silap, mungkin orang tak nampak je aib kita. Video ni saya nampak happy tapi dalam hati saya hanya ALLAH sahaja yang tahu berapa ribu orang menghina dan menhentam saya seolah-olah saya penjenayah negara. Semoga mereka yang suka jaga tepi kain orang dan suka up kan citer saya ni dan mewujudkan perbalahan ini hnya ALLAH YANG BALAS malas nak layan orang yang kurang kerja ni..
Saya terima je teguran ini tapi macam tak adil untuk saya kenapa setiap kali saya buat sesuatu perlu dikaitkan dengan kekayaan atau duit.
Kaya tak ada adab, adakah semua orang berduit perlu dikaitkan dengan benda macam tu?
Hatta yang menegur walaupun orang yang terkenal bukan tak pernah bertegur sapa bukan tak pernah bersua tapi takpelah mungkin saya tidak sebijak dan sehebat beliau untuk berhujah tentang isu ni," katanya panjang lebar di Instagramnya itu. - SoZPress.

Ulang siar entri Ini Luahan Sedih Aliff Syukri Setelah Dikecam Netizens Kaw-Kaw.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment