Ahli Parlimen UMNO Disiasat SPRM Kerana Salah Guna Kedudukan.
Seorang ahli Parlimen Umno dipercayai disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal hari ini, kata sumber.
Sumber SPRM mengesahkan kepada The Malaysian Insider mengenai perkara itu petang ini.
Sumber memberitahu, beliau ditahan SPRM kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Difahamkan pada Mac lepas, SPRM menahan pegawai tertinggi syarikat berkenaan dan orang tengahnya terhadap pembelian hotel bernilai jutaan ringgit di London.
SPRM turut menahan seorang ahli perniagaan berkaitan syarikat tersebut terhadap pembelian hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Anak syarikat kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu diperbadankan pada 2013. – 6 Oktober, 2015. -TMI
Ulang siar entri Ahli Parlimen UMNO Disiasat SPRM Kerana Salah Guna Kedudukan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment