Bekas Wakil Rakyat Tuntut Pencen Dinaikkan Kepada 5,500 Sebulan.

 On Monday, October 26, 2015  

Bekas Wakil Rakyat Tuntut Pencen Dinaikkan Kepada 5,500 Sebulan.

Bekas Wakil Rakyat Tuntut Pencen Dinaikkan Kepada 5,500 Sebulan.


Satu jumlah yang tak masuk akal!

Boleh jadi ini satu propaganda dan tekanan ke atas Najib jika mahukan sokongan berterusan dari MUBARAK, permintaan ataupun tuntutan tersebut perlu ditunaikan ???

Memetik laporan Malaysiakini ;

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta kerajaan agar menaikkan elaun pencen bekas wakil rakyat dinaikkan kepada RM5,500 sebulan atau setengah daripada gaji yang diterima sebelum ini.

Ia kerana rata-rata daripada mereka hanya menerima pencen sekitar RM1,000 sehingga layak mendaftar untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Perkara ini diusulkan oleh Mubarak Negeri Melaka Datuk Sahar Arpan dan dipersetujui sebulat suara oleh semua perwakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Mubarak ke-12 di Hotel Seri Pasifik hari ini.

“Ada yang dapat RM1,060. Ada yang dapat RM1,009. Ada yang lihat selekeh (bekas wakil rakyat)… sehingga layak untuk dapat BR1M. Kita nak daftar BR1M pun malu.

“Orang tanya kerja apa, jadi wakil rakyat, malu je dekat orang BR1M,” katanya.

Sahar berkata,sebelum ini perkhidmatan menjadi wakil rakyat adalah tugas yang tidak mengira waktu, tempat bagi memenuhi tanggungjawab kepada rakyat.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meneliti masalah mereka kerana kumpulan itu sebelum ini berkhidmat kepada negara bagi menerangkan kepada orang-orang luar bandar mengenai kepimpinan negara.

- Tak payah nak menipu la kata wakil rakyat bekerja tak mengira waktu. Ko ingat rakyat bebal sangat ke. Korang buat orang susah nak contact directly itupun kena guna orang tengah. Kalau ada pun berjumpa time majlis2 tertentu itupun belum tentu dapat bincang tentang masalah rakyat.


- Oke la dapat pencen 1,000 sebulan dengan goyang kaki. Bukan takde income tambahan pun kan. 

- Banyak kakitangan awam dan swasta yang memerlukan pembelaan. Daripada bagi pencen 5,500 kepada bekas wakil rakyat lebih baik gunakan wang tersebut untuk penambahbaikan sektor pendidikan, kesihatan dan menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.

- Cuba fikir kenapa 1,000 tak cukup? Bukan kah kos sara hidup meningkat? Cuba fikir siapa yang setuju dengan GST dan beria2 puji Najib dalam isu kejatuhan ringgit? Bukan kah MUBARAK juga? So padan la muka korang. Yang pergi membuta tuli sokong sapa suruh. Lepas tue sedar pula perit sampai minta dinaikkan pencen.

Satu permintaan yang perlu kita bantah. Jangan kata 5,500 sebulan nilai pencen, nak terima 1,000 tu pun belum tentu berkat. Almaklumla, bukan kesemua bekas wakil rakyat ini amanah ketika menjalankan tugas kan.. Tambahan pula, mereka pernah menjadi wakil rakyat suatu ketika dahulu. Mendapat pelbagai kemudahan dan kelebihan. Sekarang dah menjadi orang biasa sedar plak yang keadaan sekarang memang tak memihak kepada golongan yang berpendapatan serdahana, rendah dan miskin. Dulu masa menjadi wakil rakyat, di manakah suara mereka dan apa usaha mereka untuk membantu rakyat terbanyak?

Fikir2kanla..

Ulang siar entri Bekas Wakil Rakyat Tuntut Pencen Dinaikkan Kepada 5,500 Sebulan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Bekas Wakil Rakyat Tuntut Pencen Dinaikkan Kepada 5,500 Sebulan. 4.5 5 Unknown Monday, October 26, 2015 Bekas Wakil Rakyat Tuntut Pencen Dinaikkan Kepada 5,500 Sebulan. Satu jumlah yang tak masuk akal! Boleh jadi ini satu propaganda d...


Related Post:

  • Wanita Bertudung Berat Mahu Saman.. Wanita Bertudung Berat Mahu Saman..Sebenarnya betul juga point dia. Walaupun dia beratkan kepala dia dengan berlapis2 lilitan untuk tutup rambut dia, still dia masih jaga aurat. Bukan mendedahkan aurat dia. Oleh kerana itu kepala dia, tudung dia da… Read More
  • Nizar Jamaluddin Didakwa Kerana Menfitnah Najib Razak. Nizar Jamaluddin Didakwa Kerana Menfitnah Najib Razak. DS Mohd Nizar Jamaluddin hari neh menjalani perbicaraan mahkamah atas satu kes yang mana dia didakwa telah melakukan satu perbuatan fitnah terhadap Najib Razak pada tahun 2012. Bekas Menteri… Read More
  • Wajah Lelaki Yang Tersangkut Cincin Di Kemaluan Tersebar. Wajah Lelaki Yang Tersangkut Cincin Di Kemaluan Tersebar. Gambar yang diambil mungkin atas tujuan perubatan dan rujukan. Yang neh aku boleh faham. Tapi apa perlu menyebarkan ia pula ye? Kronologi. 1. Mula2 pihak bomba laporkan satu kes pelik d… Read More
  • Lagi Kes Belasah Pelajar - Gara2 Komen Di Twitter. Lagi Kes Belasah Pelajar - Gara2 Komen Di Twitter.14 pelajar senior yang p belasah budak tingkatan 3 tue patut dimasukkan ke dalam sekolah juvana. Mental gamaknya. Agak2 la nak tunjuk pailang pun. Takan sampai amek nyawa orang. Nasib baik tak mati … Read More
  • TMJ Kritik Pengacara Astro, Dedahkan Penipuan Astro Arena. TMJ Kritik Pengacara Astro, Dedahkan Penipuan Astro Arena. WOWWWW.. Ada sesuatu yang sangat menarik dalam kritikan TMJ kepada pengacara ASTRO yang mengulas sukan bola sepak tanah air. Korang kena baca pendedahan dia. Nampak, nampak, bagaimana bol… Read More

No comments:

Post a Comment