Kanak2 Yang Viral Kerana Minta Sedekah Ialah Warga Thailand? - Penyebar Maklumat Penipu Besar?

 On Friday, October 2, 2015  

Kanak2 Yang Viral Kerana Minta Sedekah Ialah Warga Thailand? - Penyebar Maklumat Penipu Besar?

Kanak2 Yang Viral Kerana Minta Sedekah Ialah Warga Thailand? - Penyebar Maklumat Penipu Besar?

Sejak semalam gambar seorang kanak-kanak perempuan yang meminta sedekah, yang berusia di antara lingkungan 6 -8 tahun viral di laman sosial kononnya dipercayai menjadi mangsa kepada sindiket kes penculikan.

Ianya disebarkan oleh individu bernama Sunah Aremkhan.

Gambar tersebut mendapat perkongsian sebanyak 11,000 ++ ketika artikel ini disiarkan.


Sunah ialah individu pertama yang menghebahkan di laman sosial namun ia juga turut disebarkan oleh beberapa individu lain dengan penambahan berita. Antaranya ;

- Polis Malaysia sedang menjejaki kanak-kanak tersebut.

- Kanak2 tersebut berasal dari Malaysia.

- Telah selamat ke pangkuan keluarga di Taiping.

- Kehilangan pernah dilaporkan menerusi website polis.

- Polis pernah mengendalikan kes penculikan berkenaan.

- Polis meminta dihubungi menerusi dua talian telefon yang disebarkan.

Namun menurut Sunah ;


Kanak-kanak perempuan berkenaan ialah warga Thailand dan berasal dari Trang, Selatan Thailand dan kini telah pun selamat berada di pangkuan keluarga.

Tak dapat dikenalpasti kenapa kanak2 berkenaan ditemui dalam keadaan meminta sedekah. Sunah tak update apa-apa tentang itu bahkan langsung tak bercakap bagaimana kanak2 itu akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Misteri, bukan?

Dalam pada itu ;
Polis Kelantan hari ini menafikan dakwaan kononnya seorang kanak-kanak Malaysia ditemui sedang meminta sedekah oleh Polis Thailand di negara jiran itu.

Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan berkata dakwaan itu, yang kini viral dalam sosial media, pernah disebarkan di laman sosial Facebook pada 21 Mei 2014. 

"Perkara ini telah viral pada 21 Mei 2014 dan ia tidak benar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharudin Rasip ketika dihubungi turut menyangkal pegawai penyiasatnya telah ke Thailand untuk menyiasat perkara itu. 

"Tiada pegawai penyiasat dihantar ke Thailand hari ini," katanya. - Bernama

Carian google disini, mengesahkan kenyataan PDRM.

Gambar tersebut mulai viral sekitar tahun 2014 dengan beberapa kisah berkaitan ;

- Kanak2 warga asing terutamanya dari Cambodia, Rohingya berhijrah ke Bangkok untuk meminta sedekah.

Rujuk sini.

- Blog berkenaan menceritakan bagaimana kanak2 imigiran neh terpaksa meminta sedekah, berpisah dari keluarga samada terpaksa atau rela mahupun melarikan diri dan hidup merempat.

- Ada keluarga yang juga turut merempat bersama anak2nya.

- Senario neh perkara biasa di BANGKOK sambil memaparkan gambar2 berkaitan di mana gambar kanak2 di atas adalah antara apa yang disebarkan oleh penulis berkenaan.

Artikel berkenaan dalam bahasa Thai. Guna google dapat la faham sikit-sikit.

Dan juga disebarkan menerusi fb. Kanak2 ini meminta sedekah di Lopburi.

Rujuk sini.

Yang jadi persoalan dan misterinya ;

1. Siapakah kawan Sunah itu?

2. Bagaimana dia mendapat info berkenaan?

3. Sunah membayangkan kawan dia terjumpa kanak2 berkenaan seolah2 kawan dia yang menangkap gambar tersebut.

4. Kenapa guna gambar lama yang telah viral pada tahun 2014?

5. Dan bagaimana Sunah mengetahui bahawa kanak2 tersebut telah selamat kembali ke pangkuan keluarga?

6. Betul ke warga Thailand? Bukan warga Cambodia ke?

Ini memang misteri dan konspirasi betul.
Sebaran Sunah berjaya viral dan mendapat liputan ramai.
Ada jual barang ke makcik Sunah kita neh?
Takde kan.

So, pkpkknlah ek semua.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Ulang siar entri Kanak2 Yang Viral Kerana Minta Sedekah Ialah Warga Thailand? - Penyebar Maklumat Penipu Besar? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kanak2 Yang Viral Kerana Minta Sedekah Ialah Warga Thailand? - Penyebar Maklumat Penipu Besar? 4.5 5 Unknown Friday, October 2, 2015 Kanak2 Yang Viral Kerana Minta Sedekah Ialah Warga Thailand? - Penyebar Maklumat Penipu Besar? Sejak semalam gambar seorang kanak-kanak...


Related Post:

  • Kontrak Ahmad Idham Di FINAS Dipendekkan. Kontrak Ahmad Idham Di FINAS Dipendekkan. SEMASA | FINAS Malaysia mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham telah memohon untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya sehingga MAC 2020. Kenyataan media yang dikeluarkan pada 9 Disember 20… Read More
  • JAWI Di Vernakular, Apa Yang Masyarakat Cina Perlu Faham. JAWI Di Vernakular, Apa Yang Masyarakat Cina Perlu Faham. SEMASA | Sentimen anti jawi semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat cina. Mereka telah dihasut oleh Dong Zong dan telah memahami isu ini secara salah. Secara umumnya kita boleh melih… Read More
  • Dakwaan Polio Adalah Konspirasi Kaut Untung, Mengarut. Dakwaan Polio Adalah Konspirasi Kaut Untung, Mengarut. KESIHATAN | Virus Polio kembali lagi ke Malaysia selepas 27 tahun. Berita mengemparkan ini didedahkan oleh Ketua Pengarah KKM dalam satu kenyataan pada Ahad. Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abd… Read More
  • Plaster Pak Li Ada Racun Kata KKM. Plaster Pak Li Ada Racun Kata KKM. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengelakkan dari membeli dan menggunakan produk tradisional 'Pak Li Medicated Plaster' setelah dikesan mengandungi racun berjadual Diphenhydramine… Read More
  • Melayu Tikam Melayu? Ini Surat Terbuka Untuk Neelofa. Melayu Tikam Melayu? Ini Surat Terbuka Untuk Neelofa. Oleh : Aween Lia-Na First time im writing an open letter. But I guess with great power comes great responsibility, right guys? Im a responsible doctor, so here goes..     Bismilla… Read More

No comments:

Post a Comment