Tangkap Dan Dakwa Jamal - Ali Tinju Kepada PDRM.

 On Wednesday, October 21, 2015  

Tangkap Dan Dakwa Jamal - Ali Tinju Kepada PDRM.

Tangkap Dan Dakwa Jamal - Ali Tinju Kepada PDRM.


Perselisihan dalaman di antara kumpulan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju dan UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos semakin memuncak apabila Ali Tinju dalam satu kenyataan terbarunya kepada pihak media mengesa pihak polis agar menjalankan siasatan ke atas Jamal yang bertindak sewenang-wenangnya seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang.
Dia berkata, polis patut bertindak lebih adil dengan menangkap dan mendakwa jika Jamal melakukan kesalahan serius seperti menganjurkan perhimpunan haram.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu berkata, Jamal seolah-olah kebal apabila masih meneruskan perhimpunan walaupun polis tidak memberi kebenaran.
“Saya harap Ketua Polis Negara kena berlaku adil , ambil tindakan tegas ..tak kira dia adalah ketua bahagian, dia adalah NGO , parti politik manapun jika melakukan kesalahan tangkap, dakwa,”.
Ali Tinju turut memperlekeh Jamal kerana mendakwa pemilik rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu sering membuat perhimpunan cacamarba, seperti dalam laporan FMT.
Katanya, tindak tanduk yang dibuat oleh Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu sering melawan arus dan memberi impak tidak baik kepada kepimpinan UMNO.
“Saya beranggapan Perdana Menteri tak setuju apa yang dibuat Jamal hari ini. Bukan setiap hari kita nak berdemo, rakyat dah bosan..
“Contohnya Jamal kata kerajaan Negeri Selangor cacamarba..lepas ni katakanlah orang kerajaan Negeri Selangor buat bantahan terhadap Kerajaan Pusat, akhirnya benda ini tidak ada titik noktah yang muktamad. Setiap hari, setiap masa ada perhimpunan , ada bantahan,” katanya.
Dia merujuk kepada perancangan Jamal untuk mengadakan himpunan di Kelana Jaya dan Subang.
Dalam pada itu, Ali Tinju turut mempersoal mengapa Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu tidak mengadakan himpunan di kawasannya.
“Sekejap dia nak buat kat Kajang, sekejap nak buat kat Ampang, sekejap nak buat kat Subang, mengapa dia tak nak buat kat tempat dia sendiri? Sepatutnya dia kena buat kat tempat dia sendiri sebab tempat dia pembangkang.
“Tempat itu (Sekinchan) adalah tempat DAP, mengapa dia buat kat tempat lain..Contohnya di Kajang ada orang kajang yang jaga. Kalau di Ampang, ada orang yang jaga,” jelasnya tambah laporan itu lagi.

Ulang siar entri Tangkap Dan Dakwa Jamal - Ali Tinju Kepada PDRM. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Tangkap Dan Dakwa Jamal - Ali Tinju Kepada PDRM. 4.5 5 Unknown Wednesday, October 21, 2015 Tangkap Dan Dakwa Jamal - Ali Tinju Kepada PDRM. Perselisihan dalaman di antara kumpulan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju dan UMNO...


Related Post:

  • Isu Nur Fitri Azmeer Nordin, Ini Luahan Syed Azmi. Isu Nur Fitri Azmeer Nordin, Ini Luahan Syed Azmi. Oleh : Syed Azmi Saya tahu dia kembali lebih 3 tahun lepas. Saya perlu terima kenyataan yang dia akan kembali. Saya sudah memohon kepada SKMM untuk dia mencari orang-orang yang sama dengannya… Read More
  • Jangan Mudah Ketawakan Kejatuhan Utusan.. Jangan Mudah Ketawakan Kejatuhan Utusan.. Oleh : Ismail Amsyar Ini ialah pandangan peribadi saya sebagai seorang yang pernah bergelar wartawan. Susulan perkembangan industri media tanah air yang terbaru, melibatkan syarikat media Utusan, saya m… Read More
  • Sebenarnya Keris Boleh Dipos Tapi.. Sebenarnya Keris Boleh Dipos Tapi.. Oleh : Nik Aziz Afiq Sebenarnya keris boleh dipos. Saya bukan nak komen tentang kes YB Balakong tu betul atau salah, saya cuma nak cerita pengalaman sendiri. Saya mempunyai kawan seperguruan silat yang mengh… Read More
  • Ini Apa Yang Simpatisan Pedo Terlepas Pandang.. Ini Apa Yang Simpatisan Pedo Terlepas Pandang.. Oleh : Hanis Hafisah Tahukah anda, pada awal tahun 2019, UK telah mengeluarkan satu dokumentari yang mengejutkan mengenai Michael Jackson bertajuk "Leaving Neverland". Ini bukan dokumentari biasa m… Read More
  • Amalkan 'Priority System' Untuk Bina Rumahtangga Harmoni. Amalkan 'Priority System' Untuk Bina Rumahtangga Harmoni. Oleh : Taufiq Razif Batalkan cuti pun happy?  Gambar : Taufiq Razif FB Baru ni dah plan macam macam dah. Siap nak ke Sabah lah, Langkawi lah dan macam macam tempat lagi. H… Read More

No comments:

Post a Comment