Ahmad Said Ada Rahsia Besar Najib, Minta Jangan Buat Dia Rasa Terhina Jika Tidak..
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa beliau menyimpan satu rahsia besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian lapor FreeMalaysiaToday.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan, ia boleh memalukan Najib dan rakyat.
“Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).
“Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang,” katanya kepada FMT.
Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.
Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau hanya akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan komen-komen pemimpin UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib sendiri.
“Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor).
“Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina,” katanya.
Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Rupanya Menteri Ini Sorok Rahsia Besar Najib
Rupanya Menteri Ini Sorok Rahsia Besar Najib
Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar peraturan DUN.
Portal bicara.news melaporkan bahawa pada sesi petang, kelibat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di dalam Dewan.
"Ketiadaan Hadi telah mengambarkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan cara yang dibuat oleh Adun Kijal tersebut dan beliau tidak menghadirkan diri dalam dewan," lapor portal berkenaan.
Pembangkang (PAS) mempunyai 14 kerusi dun dan PKR satu kerusi tidak mungkin jika undian dibuat akan berpihak kepada pembangkang kerana Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi dun, tambahnya.
Jika ianya ditolak dengan kerusi dun Kijal maka BN mempunyai 16 kerusi dan 14 kerusi di pihak pembangkang dimana satu kerusi dimiliki Abdul Hadi Awang dari Rendang.
PAS kononnya tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu dengan menyebarkan kepada ahlinya bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.
Ulang siar entri Ahmad Said Ada Rahsia Besar Najib, Minta Jangan Buat Dia Rasa Terhina Jika Tidak.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment