Memalukan! - Pengunjung Kelab Malam Boikot 'Persembahan DJ' Anak Najib.
Ruang tari di Zouk Singapura didakwa kosong hanya dalam tempoh lima minit selepas Norashman, anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memutarkan set lagunya di kelab malam itu.
“Tetamu VIP (Norashman) mulakan set beliau dengan lagu trance klasik.
“Selepas itu, kedengaran seperti radio hits dan hampir semua peminat Fila meninggalkan kelab itu,” kata seorang DJ sambilan 27 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nuwan kepada akhbar Singapura New Paper.
“Mendengar Fila memainkan setnya di sini adalah satu keistimewaan, tetapi beliau diminta berkongsi pentas dengan amatur. Ini benar-benar memalukan komuniti muzik Singapura,” tambahnya.
Sebuah video menunjukkan DJ Fila memberitahu orang ramai bahawa beliau diminta berhenti memainkan set lagunya bagi memberi laluan anak seorang perdana menteri dikongsi meluas di Internet.
Zouk Singapura menafikan DJ itu diganggu separuh jalan semasa persembahan.
Datuk Rizal Mansor, pembantu Rosmah Mansor berkata Norashman tidak pernah meminta membuat persembahan dan hanya datang atas jemputan.
Juseru, katanya, mana mungkin Norashman boleh memaksa sesiapa untuk membuat persembahan.
Di Facebook, DJ Aly dan Fila dari Mesir tetap mempertahan dakwaan bahawa mereka diminta berhenti untuk memberi laluan kepada Norashman.
Zouk diambil alih oleh konglomerat Genting Hong Kong (Genting HK) tahun lalu dengan jumlah bayaran yang tidak diumumkan.
Genting HK adalah sekutu kepada konglomerat Malaysia Genting Group, yang mana Genting Singapura juga sebahagian daripadanya. - Malaysiakini
Ulang siar entri Memalukan! - Pengunjung Kelab Malam Boikot 'Persembahan DJ' Anak Najib. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment