Kami Solat Sunatlah, Bukan Sembah Matahari!
Tindakan sebuah laman sosial menyamakan solat gerhana matahari yang didirikan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Chabau di sini, Rabu lalu sebagai menyembah matahari dianggap amat keterlaluan.
Pengerusi MAYC Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan berkata, sebagai warga Jasin, mereka kesal pengendali laman sosial mempertikaikan tatacara solat dilakukan bukan di dalam masjid atau surau, sekali gus menyamakan tindakan warga sekolah seperti amalan paganism dan agama majusi.
“Tujuan pihak sekolah berkenaan melakukan di kawasan lapang bagi memberi lebih ramai warga sekolah turut serta dan tidak harus dikritik.
“Situasi itu bukan sahaja mengguris hati warga SK Chabau dan alumni, malah rakyat Jasin dan negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin, Huzailan Hamzah berkata, pihaknya baru dimaklumkan hal terbabit setelah ia disebarkan melalui WhatsApp dan akan meminta pegawainya ke sekolah itu untuk mendapatkan maklumat.
Menurutnya, beliau terkilan kerana niat baik sekolah itu disalah tafsir, sedangkan tiada masalah mendirikan solat berkenaan di kawasan lapang selain dalam masjid atau pun surau.
“Tak ada masalah warga sekolah bersolat di kawasan lapang bukan sahaja di masjid atau surau.
“Saya yakin dan percaya ada sebab pihak sekolah mengadakan solat sunat gerhana matahari di kawasan lapang, mungkin tiada kawasan yang luas dan sebagainya.
Rabu lalu, laman sosial terbabit memuat naik status dan gambar warga sekolah berkenaan mendirikan solat sebagai menyembah matahari.
Gambar itu dipercayai diambil selepas Sinar Harian memuat naik ke laman sosial.
Bagaimanapun, laman terbabit memadamkan status berkenaan selepas orang ramai mengutuk serta mengkritik tindakan pengendalinya. -SH
Ulang siar entri Kami Solat Sunatlah, Bukan Sembah Matahari! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment