Deklarasi Rakyat Untuk Singkir Najib Bukan Jatuhkan BN - Mukhriz Mahathir.
Kenyataan dari YB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
1. Perlu difahami bahawa matlamat yg satu yg dipelopori oleh Tun Mahathir dan semua yg menandatangani Deklarasi Rakyat ialah agar DS Najib undur sebagai PM. Tiada langsung niat utk menjatuhkan Kerajaan BN yg memerintah ketika ini.
2. Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun M ini akan menguntungkan Pembangkang termasuk DAP. Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat. Yg hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yg baru - dari kalangan Ahli2 Parlimen BN, bukan dari Pembangkang.
3. Kalau ikut lojik, Pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan Rakyat terhadap Najib bermakna BN juga ditolak secara total. Tapi sebaliknya, Pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa? Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yg rakus menyalahgunakan kuasa, iaitu Najib Razak.
4. Pendirian ini turut diperkukuhkan apabila Parti Pembangkang faham dan terima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.
5. Kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa Rakyat perlu tunggu PRU14 utk tukar PM sangat membahayakan kepentingan BN. Adakah maksudnya PM baru itu akan datang dari kalangan Pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut? Itu sama sekali bukan matlamat Tun M.
6. Utk selamatkan negara, malah utk pertahankan kedudukan BN sebagai Kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14. Jika Najib masih memimpin BN hingga PRU14, BN akan menerima padahnya. Amarah Rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. "Tunggulah PRU nanti. Kami tahulah apa nak buat". Itu yg kedengaran rata2 dikalangan Rakyat sekarang.
Selamatkan UMNO. Selamatkan BN. #SelamatkanMalaysia. #UndurNajib!
Ulang siar entri Deklarasi Rakyat Untuk Singkir Najib Bukan Jatuhkan BN - Mukhriz Mahathir. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment