Pembangkang Tiada Maruah Kata Bung Dlm Isu Kerjasama Mahathir Bersama Pimpinan PH.
Datuk Bung Moktar Radin hari ini menyifatkan pembangkang telah hilang maruah kerana mahu menentukan ketua kerajaan di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut mempersoalkan adakah pembangkang tidak menyedari bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang dari ketua parti yang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang sah.
“Kenapa pembangkang dah hilang maruah nak menentukan pula siapa ketua kerajaan sedangkan mereka tahu yang parti gabungan mereka kalah dalam PRU buat kali ke-13.
“Mereka harus sedar kita bukan berada di Amerika Syarikat, British atau Eropah..ini negara Malaysia, bukan Filipina, bukan Indonesia atau Thailand,” katanya menerusi kenyataan.
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pembangkang tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih oleh rakyat sebaliknya, hanya ahli UMNO sahaja boleh menukar pemimpin mereka.
“Pada saya pembangkang dah tak ada hala tuju perjuangan, mereka dah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat selain daripada menokok tambah fitnah dan andaian yang tak berfakta kepada Najib Razak selaku Perdana Menteri,” katanya.
Dalam pada itu, Bung menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa pemimpin UMNO dan pemimpin pembangkang bergabung di bawah satu pentas mengetuai deklarasi rakyat menolak pentadbiran Najib disifatkan sebagai langkah orang-orang yang kecewa.
“Kita sedar perbuatan mereka ini adalah langkah orang-orang kecewa yang mempunyai niat tertentu untuk merosakkan minda rakyat agar menentang kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
“Saya ingin nyatakan UMNO parti yang besar, kuat, teguh lagi mantap dan usaha-usaha seumpama ini ibarat mencurah air di atas daun keladi,” ujarnya.
Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
Penandatanganan lain termasuk bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik. - FMT
Ulang siar entri Pembangkang Tiada Maruah Kata Bung Dlm Isu Kerjasama Mahathir Bersama Pimpinan PH. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment