Abang Ipar Tiri Akhirnya Didakwa Kerana Membunuh Noor Amila.

 On Wednesday, August 24, 2016  

Abang Ipar Tiri Akhirnya Didakwa Kerana Membunuh Noor Amila.

Abang Ipar Tiri Akhirnya Didakwa Kerana Membunuh Noor Amila.


Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki, Noor Amila Edrus Norsyam, yang mayatnya ditemukan di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Khamis lepas. Norhamid Nor Muhamad, 26, yang memakai baju-T berwarna kuning itu menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahanmengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Norhamid didakwa membunuh Noor Amila Edrus, lima tahun, di dalam sebuah bengkel kereta tidak bernombor di Blok C, Lorong 5/16C, kawasan perumahan awam, Jinjang Utara, Sentul, di sini pada 5.30 pagi, 12 Ogos lepas. Keluarga tertuduh turut hadir di mahkamah. Mahkamah menetapkan 25 Okt untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat. Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Muhamad Sapri Yaakub manakala tertuduh yang merupakan abang ipar tiri kepada mangsa tidak diwakili peguam.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada 11 Ogos sebelum mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang pada 12.30 tengah hari 18 Ogos lepas. Semasa kanak-kanak lelaki itu dilaporkan hilang, kes itu mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan selepas suspek ditahan. Namun setelah mayat mangsa ditemui, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh. — Bernama.

Ulang siar entri Abang Ipar Tiri Akhirnya Didakwa Kerana Membunuh Noor Amila. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Abang Ipar Tiri Akhirnya Didakwa Kerana Membunuh Noor Amila. 4.5 5 Unknown Wednesday, August 24, 2016 Abang Ipar Tiri Akhirnya Didakwa Kerana Membunuh Noor Amila. Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas ...


Related Post:

  • Kini Sah Yang Bunuh Transgender Itu Bukan Orang Islam Tapi.. Kini Sah Yang Bunuh Transgender Itu Bukan Orang Islam Tapi.. Baru-baru ini tular satu gambar tangkaplayar yang menyalahkan orang Islam berikutan pembunuhan transgender di sebuah hotel berdekatan di Klang. Rupa-rupanya gambar tangkaplayar itu … Read More
  • Surat Terbuka Untuk Ayahanda Menteri Agama.. Surat Terbuka Untuk Ayahanda Menteri Agama.. Oleh : Afyan Mat Rawi   Warkah Terbuka Buat Ayahanda Menteri Agama Pertama sekali Anakanda doakan Ayahanda berada di bawah rahmat Allah di bumi Cordova. Anakanda juga pernah ke sana dahulu. Meman… Read More
  • Syed Saddiq Diserang Kaw-Kaw, Mana Suara MP Muslim Yang Lain Soal Penceramah Terkenal.. Syed Saddiq Diserang Kaw-Kaw, Mana Suara MP Muslim Yang Lain Soal Penceramah Terkenal.. Oleh : Firdaus Wong Wai Hung (Official) Sahabat semua nampak ke tidak trend Ahli Parlimen Belum Muslim ‘serang’ Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed A… Read More
  • Arwah Adib Maut Kerana Perkauman.. Arwah Adib Maut Kerana Perkauman.. Oleh : Muhammad Najib Arwah Adib maut sebab perkauman. Aku cakap begini kerana masih ada lagi pemimpin yang ambil jalan selamat dengan memilih untuk berkata ini bukan isu perkauman. Ya, tidak ada asas yang ku… Read More
  • Benarkah Jesus Lahir Pada 25 Disember? Benarkah Jesus Lahir Pada 25 Disember? Oleh : Firdaus Wong Wai Hung (Official) Krismas : Benarkah Jesus Lahir 25 Disember? Umumnya masyarakat kita telah mengetahui bahawa Krismas atau hari Natal ia dirayakan pada 25 Disember setiap tahun. Natal … Read More

No comments:

Post a Comment