Enggan Bantu Azizulhasni, AMANAH Kritik Tindakan MB Terengganu Memalukan!

 On Wednesday, August 17, 2016  

Enggan Bantu Azizulhasni, AMANAH Kritik Tindakan MB Terengganu Memalukan!

Enggan Bantu Azizulhasni, AMANAH Kritik Tindakan MB Terengganu Memalukan!


Kenyataan Media
AHMAD RAZIF & BARISAN NASIONAL HARUS MALU DENGAN TEGURAN 'POCKET ROCKET MAN' 

Dalam satu kenyataan terbuka di facebook, Azizulhasni Awang, atlet Olimpik negara dalam acara keirin, telah menyelitkan kekecewaan beliau kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Ahmad Razif di tengah-tengah penghargaan kepada banyak pihak atas kejayaan beliau merangkul gangsa dalam temasya di Rio De Janiero kelmarin.

Kekecewaan itu jelas menggambarkan tahap profesionalisme Ahmad Razif yang boleh dipersoalkan apabila membisu dengan permohonan pihak Azizulhasni dan Fatehah untuk membeli sebuah basikal 'roadbike'. Seharusnya Ahmad Razif dan Barisan Nasional malu dengan teguran tersebut.

Kalau pun tiada peruntukan daripada dana negeri untuk atlet kebanggaan negara ini, Ahmad Razif boleh sahaja meminta pegawainya menulis surat kepada Azizulhasni dan Fatehah memaklumkan bahawa tiada peruntukan bagi tujuan tersebut. Mengunci mulut dan langsung tidak memberikan jawapan balas terhadap satu-satu permohonan sama sekali tidak boleh diterima.

Itu baru kes permohonan Azizulhasni dan Fatehah, atlet negara yang dikenali ramai. Bagaimana pula nasib atlet-atlet lain yang masih bertatih dan memerlukan sokongan kerajaan negeri? Tetap membisu atau bagaimana?

Negeri-negeri lain yang ditadbir Barisan Nasional, beginikah juga cara dan kaedah yang sedang berjalan? Sehingga saat ini, begitulah penyakit pemerintah. Tidak pernah serius mengambil tahu keperluan penting untuk sesebuah kejayaan tercipta. Ahmad Razif merupakan simbol pemimpin yang gagal memaknakan prihatin dalam urustadbir sebuah kerajaan.

Tidak hairan kerana boleh jadi istilah 'prihatin' dalam kamus politik Barisan Nasional telah lama hilang.

SANY HAMZAN Ketua Pemuda AMANAH Nasional
17 Ogos 2016

Ulang siar entri Enggan Bantu Azizulhasni, AMANAH Kritik Tindakan MB Terengganu Memalukan! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Enggan Bantu Azizulhasni, AMANAH Kritik Tindakan MB Terengganu Memalukan! 4.5 5 Unknown Wednesday, August 17, 2016 Enggan Bantu Azizulhasni, AMANAH Kritik Tindakan MB Terengganu Memalukan! Kenyataan Media AHMAD RAZIF & BARISAN NASIONAL HARUS ...


Related Post:

No comments:

Post a Comment