Rasuah Rumah Kos Rendah, DAP Tidak Buka Siasatan.

 On Wednesday, August 31, 2016  

Rasuah Rumah Kos Rendah, DAP Tidak Buka Siasatan.

Rasuah Rumah Kos Rendah, DAP Tidak Buka Siasatan.


DAP Pulau Pinang tidak akan membuka siasatan dalaman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Lim Siew Khim berhubung dakwaan mengaitkan bapanya dengan amalan rasuah dalam satu kes mendapatkan rumah kos rendah oleh seorang pembeli.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata perkara ini tidak melibatkan Siew Khim, jadi tiada keperluan untuk membuka siasatan terhadapnya dan DAP tidak akan membuat sebarang siasatan dalaman yang tidak melibatkan anggota parti. “Perkara ini menjadi isu (kerana) kebetulan orang yang terlibat ini merupakan ayah kepada seorang Adun namun saya diberitahu ayah Siew Khim bukan seorang ahli DAP,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Padang Kota Lama sini hari ini. - FMT

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban mengesahkan SPRM memulakan penyiasatan terhadap urusan dikenali sebagai ‘rasuah untuk rumah’ bagi mendapatkan rumah mampu milik yang didakwa melibatkan bapa seorang Adun Pulau Pinang.

Chow berkata beliau tidak menerima sebarang maklumat tentang siasatan SPRM namun bersedia bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan berhubung perkara tersebut.

Ulang siar entri Rasuah Rumah Kos Rendah, DAP Tidak Buka Siasatan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Rasuah Rumah Kos Rendah, DAP Tidak Buka Siasatan. 4.5 5 Unknown Wednesday, August 31, 2016 Rasuah Rumah Kos Rendah, DAP Tidak Buka Siasatan. DAP Pulau Pinang tidak akan membuka siasatan dalaman terhadap Anggota Dewan Undang...


No comments:

Post a Comment