Biadapnya Bikers Warga Asing Ini Apabila Ditegur Jangan Merokok Di Kawasan Larangan.

 On Tuesday, November 15, 2016  

Biadapnya Bikers Warga Asing Ini Apabila Ditegur Jangan Merokok Di Kawasan Larangan.

Biadapnya Bikers Warga Asing Ini Apabila Ditegur Jangan Merokok Di Kawasan Larangan.

Tindakan 'bodoh' dua penunggang motosikal berkuasa tinggi dipercayai warga asing yang merokok di sebuah stesen minyak di RnR Ayer Keroh, cetus kemarahan netizen. 

Gambar dua lelaki berkenaan dimuat naik oleh Noel Silas di laman Facebook yang mendakwa dua lelaki berkenaan bertindak biadab apabila ditegur agar jangan merokok di kawasan stesen minyak. 
"Dua bikers ini merokok di stesen minyak. Kakitangan Stesen Petronas menegur dan meminta dua individu ini tidak merokok di kawasan larangan, namun tidak diendahkan. Malah dibalas pula dengan isyarat lucah," katanya dalam kejadian yang sempat dirakam pada Sabtu lalu. 

Neol berkata, pihak stesen minyak sepatutnya menguatkuasakan larangan itu dengan lebih tegas. Namun beliau dimaklumkan bahawa sudah banyak kali kakitangan stesen menegur tindakan beberapa pengunjung yang merokok di kawasan larang itu, malangnya tidak diendahkan. 

"Mereka (kakitangan) sudah malas nak menegur sebab tiada sesiapa yang akan patuh mahupun mendengarnya," katanya. 

Noel hanya sempat merakam gambar dua lelaki berkenaan dan tidak sempat mencatitkan nombor pendaftaran motosikal berkuasa tinggi mereka kerana jumlah kehadiran mereka di stesen itu agak ramai, dan dalam masa yang sama dia perlu beredar segera kerana ada urusan lain. 

Sementara itu netizen mengecam tindakan dua lelaki berkenaan yang dianggap telah mencemarkan imej bikers tempatan. 

"Dia ingat dia ada motor besar, dia boleh besar kepala atau buat apa-apa saja yang dia suka? Kerana tindakan bodoh dua bikers ini, habis terpalit juga pada kumpulan bikers yang lain," kata netizen.

Terdahulu dalam kejadian 11 November lalu, sebuah stesen minyak hampir terbakar gara-gara tindakan bodoh seorang remaja lelaki yang bergurau mahu menyalakan pemetik api ketika rakannya sedang mengisi minyak motosikalnya.
Tindakan bodoh remaja terbabit telah menyebabkan tangki motosikal serta nozzle terbakar. Namun berjaya dipadamkan oleh kakitangan stesen Petron. - The Reporter

Ulang siar entri Biadapnya Bikers Warga Asing Ini Apabila Ditegur Jangan Merokok Di Kawasan Larangan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Biadapnya Bikers Warga Asing Ini Apabila Ditegur Jangan Merokok Di Kawasan Larangan. 4.5 5 Unknown Tuesday, November 15, 2016 Biadapnya Bikers Warga Asing Ini Apabila Ditegur Jangan Merokok Di Kawasan Larangan. Tindakan 'bodoh' dua penunggang motosikal...


No comments:

Post a Comment