Habuan Besar Untuk Mana-Mana Pendemo Merah Yang Ditahan Polis Kata Jamal.
Hanya tiga hari menjelang demonstrasi jalanan pada 19 November ini, Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan habuan 'besar' kepada ahli kumpulan Baju Merah yang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan itu.
Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) itu berkata, ganjaran itu bagi menggalakkan lebih ramai rakyat turun padang pada Sabtu ini.
"Ia juga sebagai simbol pengorbanan mereka dan menghargai perjuangan ahli kumpulan Baju Merah," katanya.
Jamal juga mengakui persiapan telah dilakukan dan jentera Baju Merah sudah bersedia untuk berdepan kumpulan Bersih.
"Kami telah menggerakkan jentera di seluruh negara yang terdiri daripada rakyat Malaysia berbilang kaum termasuk anak muda, belia dan profesional," katanya.
Dianggarkan 300,000 penyokong Baju Merah akan hadir bagi menentang dan menyekat pergerakan Bersih 5.
"Kalau nak tahu dimana kami akan berkumpul, tanya kumpulan Bersih dimana mereka berkumpul, kerana gerakan Baju Merah akan berada di setiap lokasi di mana Bersih berada," katanya.
Sebanyak 38 peguam akan ditempatkan di setiap lokasi kumpulan Bersih sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Perutusan Khas Menjelang Himpunan Gergasi Merah menentang Bersih 5 di sini, pada Rabu.
Selain itu Jamal turut menyatakan hasratnya untuk bertembung dengan beberapa pemimpin pembangkang lain seperti Lim Guan Eng, Tony Pua, Lim Kit Siang, Muhammad Sabu, Datuk Ambiga Sreenevasan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya ingin bersalaman dengan Tun Mahathir," katanya.
Beliau juga menghormati nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk tidak meneruskan perhimpunan itu namun tetap dengan pendirian kumpulan itu untuk meneruskan perjuangan.
Sumber : Mstar
Ulang siar entri Habuan Besar Untuk Mana-Mana Pendemo Merah Yang Ditahan Polis Kata Jamal. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment