Ya, Adam Tinggal Di PPRT Dulu Tetapi Sejak Bisnes Perabotnya Berjaya Dia Menjadi Kaya Kata Timbalan AMK.
Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly pernah menghuni di sebuah flat di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dikhususkan bagi golongan berpendapatan rendah, beberapa tahun lalu.
Perkara itu didedahkan oleh timbalannya, Harris Idaham yang bagaimanapun menjelaskan Adam, 28, bukannnya berpindah dari flat PPR terus ke banglo yang beliau menetap sekarang.
"Ia bukan satu perubahan mendadak kerana dia (Adam) bukannya berpindah ke rumah sekarang terus dari flat PPR.
"Dari flat PPR, dia berpindah ke rumah yang lebih kecil dan kemudiannya baru dia dapat rumah sekarang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
PPR adalah program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menawarkan rumah pada paras harga antara RM30,000 hingga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia atau disewakan pada kadar RM124 sebulan.
Menurut Harris, Adam (atas, bertali leher) berkecimpung dalam dunia perniagaan dan terbabit dalam mengeskport perabot ke luar negara.
"Daripada apa yang saya faham, dia berjaya mendapat pesanan dalam jumlah yang besar daripada beberapa negara tertentu," katanya.
Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga mengesahkan bahawa Adam menceburi perniagaan perabot.
"Anggapnya seperti mana-mana ahli perniagaan," katanya dalam mesej WhatsApp kepada Malaysiakini.
Ketua Wanita PKR itu juga menafikan bahawa Adam adalah pegawai khasnya dan menjelaskan bahawa beliau adalah pemimpin belia yang dipilih parti itu di Ampang.
Adam mencuri tumpuan selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mempersoalkan kekayaannya. - Malaysiakini.
Ulang siar entri Ya, Adam Tinggal Di PPRT Dulu Tetapi Sejak Bisnes Perabotnya Berjaya Dia Menjadi Kaya Kata Timbalan AMK. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment