BoboiBoy The Movie Ditayangkan Di Pawagam Korea Selatan Mulai Esok.

 On Tuesday, February 28, 2017  

BoboiBoy The Movie Ditayangkan Di Pawagam Korea Selatan Mulai Esok.

BoboiBoy The Movie Ditayangkan Di Pawagam Korea Selatan Mulai Esok.

Filem animasi BoboiBoy The Movie ditayangkan di lebih 100 pawagam di seluruh Korea Selatan mulai esok. BoboiBoy The Movie yang diterbitkan oleh Animonsta Studios Sdn. Bhd., atau kini lebih dikenali sebagai MONSTA merupakan filem pertama dari Malaysia yang berjaya menembusi pasaran negara itu. 

Boboiboy The Movie
Poster Boboiboy Di Korea Selatan
Ketua Penjenamaan dan Pemasaran MONSTA, Faiz Zainal Aabidin dalam satu kenyataan berkata, filem itu juga akan dialih bahasa kepada Bahasa Korea. Sudah pasti ramai rakyat Malaysia akan berasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan filem ini yang dihasilkan 100% di Malaysia untuk ditayangkan di Korea. 

“Kesemua pawagam utama seperti LOTTE, CGV dan MEGABOX akan menayangkan filem ini ke seluruh negara berkenaan. 

“Kita biasanya mendengar filem atau drama Korea yang dibawa masuk ke Malaysia, namun amatlah jarang sekali ataupun tidak pernah lagi didengari filem Malaysia berjaya masuk ke pasaran Korea Selatan,” katanya hari ini. 

Kata Faiz Zainal, Korea Selatan menjadi negara kelima selepas Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. 

“Kutipan kasar untuk empat negara ini telah mencecah lebih RM19 juta. Kami amat yakin dengan koleksi tiket di Korea Selatan nanti, mampu menjadikan filem BoboiBoy The Movie selaku filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan. 

“Tayangan filem itu di sana juga bakal membantu penggiat seni dan karyawan dari Malaysia juga Asia Tenggara untuk menembusi pasaran di sana dan meluaskan lagi pasaran filem tempatan,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Ulang siar entri BoboiBoy The Movie Ditayangkan Di Pawagam Korea Selatan Mulai Esok. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
BoboiBoy The Movie Ditayangkan Di Pawagam Korea Selatan Mulai Esok. 4.5 5 Unknown Tuesday, February 28, 2017 BoboiBoy The Movie Ditayangkan Di Pawagam Korea Selatan Mulai Esok. Filem animasi BoboiBoy The Movie ditayangkan di lebih 100 pawagam d...


No comments:

Post a Comment