Anak Berdiri Di Atas Motor - Tindakan Bapa Dikecam Netizens Kerana Membahayakan Nyawa Anak!
Tular di laman sosial kini beberapa gambar yang membabitkan aksi seorang bapa yang menunggang motor bersama dua anak yang memboncengnya secara berbahaya.
Gambar-gambar tersebut dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali dengan nama Nur Fitri Damia di akuan Facebooknya.
Menurut individu yang berkongsikan gambar-gambar tersebut, dia banyak berhadapan dengan masalah kes kecuaian ibu-bapa yang menyebabkan anak-anak jatuh dan akhirnya mempunyai masalah kesihatan yang teruk terutamanya yang membabitkan otak dan kepala.
Untuk menyesal tiada gunanya lagi kerana anak-anak telah menjadi mangsa pada ketika itu.
Meskipun kebanyakan netizens memilih untuk mengecam tindakan bapa tersebut namun masih terdapat yang bersikap positif.
Mungkin bapa tersebut tidak mempunyai wang untuk membelikan helmet buat anaknya jadi dibuatkannya helmet kura-kura, disebabkan kos sara hidup yang tinggi, kita patut lebih memahami, bukannya terus menilai berdasarkan gambar semata-mata, kata Faz Reen Zakaria.
Bagaimanapun kebanyakan netizens tetap mempersoalkan kewajaran tindakan bapa tersebut kerana bagi mereka tiada wang untuk membeli helmet sekalipun ia tidak menghalalkan tindakan bapa yang membawa anak menaiki motor secara berbahaya.
Dengan berdiri sebegitu, risiko untuk anak jatuh cukup tinggi terutamanya jika bapanya terpaksa membrek secara tiba-tiba atau dilanggar dari belakang. Oleh itu netizens berharap sebelum terjadinya perkara yang buruk, si bapa harus lebih berhati-hati. Jangan sampai dah terhantuk baru nak tergadah. - Sozcyili.

Ulang siar entri Anak Berdiri Di Atas Motor - Tindakan Bapa Dikecam Netizens Kerana Membahayakan Nyawa Anak! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment