Abang Mekanik Pun Boleh Kumpul Duit Hantaran RM20,000..

 On Thursday, March 30, 2017  

Abang Mekanik Pun Boleh Kumpul Duit Hantaran RM20,000..

Abang Mekanik Pun Boleh Kumpul Duit Hantaran RM20,000..

Aku berusia 27 tahun, berkelulusan master, bekerja di selatan dan telah berkahwin dengan hantaran 20 ribu, barang kemas sepersalinan beserta mas kahwin 3 ribu. Sabar dulu jangan judge apa-apa dulu.

Aku berasal dari Utara, yang orang selalu kata “perempuan utara ini mahal-mahal, ya aku sangat terkejut bila mak dan abah aku kata duit kahwin aku 20 ribu (17 ribu + 3 ribu). Jadi bermulalah episode aku di tolak oleh ramai lelaki yang ingin menjadikan aku suri hati. Walaupun yang datang itu dari kerja pejabat tanah, offshore, dan cikgu semua tarik diri bila dengar jumlah duit kahwin.
 
Bila dah cinta sesangat, aku siap pujuk mak dan abah supaya kurangkan duit hantaran tapi jawapan dia orang..

“kalau kahwin pun nak minta kurang, macam mana nak bela anak mak”

“nak dapat sesuatu kena la usaha”

“senang dapat senang kena buang”

Sampaikan ada seorang mamat itu pernah kata "ermm baik saya beli kereta kalau hantaran dah macam itu".
 
Hadehh…

Umur 25, akhirnya berjumpa seorang mekanik berkelulusan SPM yang juga mempunyai niat yang murni untuk jadikan aku suri hati dia. Dengar saja 20 ribu, dia diam dan cakap akan cuba kumpul duit.

Wahh ini lelaki pertama yang sanggup sahut syarat mak dan abah aku. Jadi malam itu juga aku call tanya dan minta restu.

”Adik boleh terima dia, mak setuju tak? Dia kerja mekanik saja”.

 
Alhamdulillah mak aku setuju. Mula-mula takut juga, sebab abang ipar pertama kerja offshore dekat Vietnam, kedua lecturer , ketiga PTD. Yang bakal suami aku cuma mekanik cabuk saja.

Si dia masa itu gaji dalam 1ribu saja tanpa KWSP, ada motor ex5 saja. Aku pula 3 ribu masa itu. Jadi aku tersangat-sangat tak sangka yang mak aku approve si dia sebagai menantu. Bila dah dapat restu, bermulalah episode kami buat persediaan untuk masa depan.
 
Apa kami buat?

Aku punya part sediakan barang rumah siap-siap. Dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar benda seperti tv, sofa, dinning table, microwave, oven, washing machine dan boleh kata rumah aku itu dah lengkap la. Semua itu aku beli sikit-sikit masa belum kahwin. Rumah itu memang aku yang beli. Tak ada sewa-sewa.
 
Dia? Dia kumpul duit memang ikat perut habis. Makan bercatu, kadang-kadang apa yang aku masak aku bekalkan untuk dia. Sampaikan makcik-makcik dan kawan-kawan dia pernah kata

“apasal mahal sangat, ada emas ke dekat dia punya *** itu?”

“Kita ini pipit dia itu enggang, mana nak sama jadi carilah perempuan lain, yang muda yang hantaran murah-murah, muda-muda ini senang nak beranak”

“Tak payahlah kahwin dengan orang jauh, kahwin yang sama negeri, tak adalah kena bayar mahal-mahal”

“Hantaran kau ini include GST sekali ke sampai mahal macam itu sekali?”

Siang kerja bengkel. Malam part time jual burger dan baiki kereta sesiapa yang rosak tengah-tengah malam.
 
Aku memang tak bantu lansung dia kumpul duit. Dia ambil masa 24 bulan untuk kumpul duit kahwin. Tempoh 2 tahun itu, nak jumpa atau gayut telefon dengan si dia memang susah. Padahal kami tinggal di taman yang sama. Cuma lain-lain fasa saja. Rumah sewa dia dekat fasa lama, rumah aku fasa baru.

Ini ada sikit pesanan untuk kaum hawa, masa lelaki tengah kumpul duit, kita yang perempuan ini janganlah buat perangai, merajuk, paksa-paksa nak jumpa, nak hadiah, nak romantik macam drama pukul 7 itu dan sebagainya. Kena faham, dia orang menggunakan 200% kudrat yang ada semata-mata nak halalkan hubungan dengan kita. Perempuan masa ini kena betul-betul sabar, jangan bayangkan yang bukan-bukan, jangan fikir dia tak contact sebab ada perempuan lain ke apa.

Awal tahun 2016, dia datang merisik. Raya haji kami kahwin.

Jenis mak dan ayah aku, total duit hantaran hanya akan diambil pada hari akad nikah. Jadi apa-apa persiapan awal untuk majlis pihak perempuan memang kena dahulukan duit pihak perempuan dululah.
 
Dah habis majlis, mak dan abah cuma ambil 2 ribu sahaja dari amount sebenar. Aku pun pelik, rupa-rupanya selebihnya itu dia orang pulangkan semula pada suami suruh guna untuk buat modal buka bengkel sendiri.

“behind every successful man there is a woman”

Alhamdulillah dengan duit hantaran di tambah dengan loan PUNB, sekarang suami dah bekerja sendiri, upah pula 2 orang pekerja lagi. Ada plan juga nak buka pusat servis sendiri. Kami berdua memang terkejut sangat. Mak mertua cakap dengan aku, dia tak sangka anak dia yang macam tak ada masa depan itu boleh jadi tauke, aku gelak-gelak saja, kalau nak kenangkan tempoh 2 tahun si dia usaha kumpul duit itu, allahu tak sanggup nak kenang.

Tak semua mak dan abah kejam. Aku dulu-dulu pun fikir mak dan abah nak jual aku ke apa minta sampai 20 ribu. Rupa-rupanya permintaan dia orang itu bersebab.
 
Untuk kau orang yang rasa marah sebab mak dan abah minta hantaran tinggi-tinggi itu. Aku doakan supaya mak dan abah kau orang ada plan special untuk kau orang. Insya’allah dipermudahkan urusan perkahwinan semua orang.
 

Ulang siar entri Abang Mekanik Pun Boleh Kumpul Duit Hantaran RM20,000.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Abang Mekanik Pun Boleh Kumpul Duit Hantaran RM20,000.. 4.5 5 Unknown Thursday, March 30, 2017 Abang Mekanik Pun Boleh Kumpul Duit Hantaran RM20,000.. Aku berusia 27 tahun, berkelulusan master, bekerja di selatan dan telah berkah...


No comments:

Post a Comment