Sudah-Sudahlah Tu Bagi Makanan Pada Gelandangan..

 On Thursday, March 30, 2017  

Sudah-Sudahlah Tu Bagi Makanan Pada Gelandangan..

Sudah-Sudahlah Tu Bagi Makanan Pada Gelandangan..

Penat dah nak cakap isu memberi makanan kepada gelendangan.
Semalam dapat panggilan mengatakan Pusat Transit Gelendangan (PTG) tidak ada makanan dari pelajar IPTS. Saya terus tanya mana dapat maklumat? Dia cakap kawan beritahu.
Respon netizens
Niat beliau memang baik tapi lansung tidak buat homework. Saya tanya kamu dah tengok ke jadual di PTG? Setiap hari ada NGO yang menghantar makanan. Dia jawab, dia belum pergi, dengar dari kawan sahaja.
Moral of the story disini, agaknya disinilah bermula lambakan makanan pada para gelendangan sehingga makanan dibuang dan dibazirkan. Semua kerana, malas nak buat kaji selidik, dengar cakap orang lain.
Sekarang dah ada pulak kumpulan yang tolong membersihkan kawasan di mana gelendangan makan kerana adanya kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab yang melambakkan makanan kepada gelendangan. Maka lambakan makanan menjadi sampah. Bila jadi lambakan sampah di sekitar kawasan tempat tumpuan gelendangan, siapa nak bersihkan? Korang rasa tu kerja Alam Flora? Menteri Wilayah marah korang semua marah. Tapi hakikat, kalau regular soup kitchen, dia tak tinggalkan makanan dan pergi, mereka kemas dahulu.
Anda bayangkan, satu malam, setiap gelendangan boleh mendapat minimum 4 paket, maksimum 8 paket makanan. Perut mereka setahu saya ada satu sahaja.
Semua nak kejar glamer tunjuk buar CSR bagi gelendangan makan. Kononnya nak tambah pahala.Ada yang sanggup turun pukul 3 pagi, kejut gelendangan yang sedang tidur kononnya nak bagi makan.
Maaf bahasa saya kasar, tapi korang rasa korang nak jamu hantu ke keluar pukul 3 pagi???? Kalau korang ada masalah tidur, janganlah ganggu yang tidur. Kalau nak jamu sarapan datanglah selepas 630 pagi.
Dah berbuih membebel suruh bekerjasama dengan soup kitchen yang sedia ada. Yang malas nak cari info, saya bagi link kat sini. Jadilah rakyat Malaysia yang ada keinginan membaca maklumat, bukan gosip artis mana dating dengan siapa sahaja.
Biarlah kita mengumpul pahala, bukan bala. Hargai makanan, kurangkan pembaziran.

Ulang siar entri Sudah-Sudahlah Tu Bagi Makanan Pada Gelandangan.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Sudah-Sudahlah Tu Bagi Makanan Pada Gelandangan.. 4.5 5 Unknown Thursday, March 30, 2017 Sudah-Sudahlah Tu Bagi Makanan Pada Gelandangan.. Oleh : Hayati Ismail Penat dah nak cakap isu memberi makanan kepada gelendangan. S...


No comments:

Post a Comment