Hanya Dengan SPM Saya Kini Assistant Manager Dan Ini Ialah Kisah Hidup Saya.

 On Thursday, March 16, 2017  

Hanya Dengan SPM Saya Kini Assistant Manager Dan Ini Ialah Kisah Hidup Saya.

Hanya Dengan SPM Saya Kini Assistant Manager Dan Ini Ialah Kisah Hidup Saya.

Oleh : Keyser Soze

Tahun 1998, adalah tahun aku menduduki SPM. Dan hanya itulah kelulusan yang aku ada. Sambung ke form 6, result pun aku tak ambik. 

Bagaimana aku boleh menjawat jawatan sebagai Senior Operations Support Executive/Assistant Manager di sebuah syarikat multinasional dari Australia hanya dengan kelulusan SPM? 

Gambar Oleh Keyser Soze
Bukan aku nak bangga dengan jawatan aku, tetapi hanya untuk berkongsi bagaimana untuk survive dengan kelulusan SPM kerana ramai yang menyangka aku memiliki kelulusan yang tinggi dengan apa yang aku ada sekarang. 

FYI, aku bukanlah budak bodoh di sekolah. Result aku tidaklah teruk. Aku hanya nakal tetapi aktif dalam sukan. Jangan tak percaya aku adalah atlit sekolah dan juara 100m 4 tahun di sekolah menengah. 

Mewakili team bola sepak sekolah sebagai striker sejak darjah 4. Mewakili zon dalam silat olahraga dan silat seni. Aku juga juara musabaqah Al-Quran. So, aku diklasifikasikan sebagai hot guy kat sekolah. Haha. Serius. 😐 Pada masa itu, ramai yang kata, dengan kelulusan SPM aku, aku takkan ke mana. 

Ya. Memang betul. Dengan kelulusan SPM, apa la kerja yang aku boleh dapat. Aku pernah kerja kilang kotak. Kerja buruh binaan, menggali longkang menggunakan cangkul sejauh hampir 1km di tepi kilang ST Muar. 

Kerja best pertama yang aku dapat adalah sales person di Seng Heng. Kerana aku boleh speaking London. Aku adalah antara pelajar terbaik dalam BI semasa di sekolah. 

Bermula di Seng Heng, aku mula bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat. Aku improve BI aku melalui perbualan dengan customer. Aku buka mata dan aku sedar, BI adalah bahasa penting dan juga pengetahuan dalam komputer. 

Percaya atau tidak, aku mula belajar menggunakan komputer semasa umur aku 20 tahun. Haha. Sebelum itu, ilmu aku dalam komputer adalah zero. Aku mula belajar komputer kat cyber cafe. Bugima hanat masa tu, satu jam RM5. 

Lama kelamaan, aku semakin mahir dengan komputer. Selepas kerja di Seng Heng, aku bertukar2 kerja. Semasa di Perak, aku mendirikan rumah tangga dan memulakan perniagaan petrol station. 

Dari situ, aku kembangkan empayar perniagaan aku sehingga aku memiliki 7 jenis perniagaan. Kehidupan memang mewah. Seawal usia 25 tahun, aku sudah mampu memiliki 3 kereta, 2 rumah. Alhamdulillah, dikurniakan 2 anak, Muhammad Qaid Raffif dan Wan Quzandria Darwisyah. 

At the same time, aku mula belajar photoshop, photography, coding hanya melalui tutorial dan Youtube. Kerana aku sedar, dunia moden perlukan ilmu komputer dan aku sedar, dengan sijil SPM, aku tak akan ke mana-mana. 

Tapi, hari tak selalunya cerah. Perkahwinan aku musnah. Kes tuntutan hak penjagaan anak dan harta selepas penceraian, menyebabkan aku kehabisan hampir ratusan ribu ringgit. 

Tahun 2009 adalah tahun gelap aku. Aku kehilangan segala-galanya. Anak, harta, perniagaan, keluarga, kawan-kawan. Aku hidup merempat dan mengemis. Setakat tak makan 2,3 hari, itu sudah biasa. Aku pernah ceritakan kisah aku hanya ada 3,4 teh uncang, sedikit duit syiling dan gunakan uncang teh tu berulang kali, pada masa inilah ianya berlaku. 

Dan pada masa itu, amat sukar untuk mencari pekerjaan apatah lagi dengan hanya berbekalkan sijil SPM. Tuhan tidak membenciku dan masih mengingati aku. 

Dia datangkan seorang lelaki bernama Azlan yang sudi memberikan aku tempat berteduh. Aku bekerja dengannya sebagai buruh binaan. Buat surau, pasang blind curtain kat JUPEM dan macam2 lagi. Alhamdulillah, kerana jasanya, aku dapat meneruskan hidup. 

Kemudian aku bekerja dengan sebuah syarikat agro-tourism dan hartanah dan mampu membeli sebuah kereta. Sekali lagi, nasib tidak menyebelahiku. Company tersebut muflis. Aku kehilangan kerja. Aku hilang arah sekali lagi. Aku tiada tempat tinggal. Selama hampir dua bulan, tempat tidur aku adalah di dalam kereta dan tempat aku selalu park adalah di hentian Tol Sunway. 

Setiap malam aku akan park kereta aku kat situ dan tidur dalam kereta. Sakit tulang badan, Allah saja yang tahu. Untuk survive dua bulan tanpa kerja dan gaji, aku mencari orang2 yang pernah berhutang dengan aku semasa aku berniaga di Perak. Ada juga meminjam wang dengan kawan2 lama. 

Sekali lagi, Allah berikan aku peluang. Aku mencuba nasib hadir interview Maxis. Alhamdulillah, dengan sijil SPM dan kefasihan aku berbahasa Inggeris serta kemahiran komputer, aku dapat kerja di Maxis sebagai customer service jawab call. Trust me, it was like working in hell. Tapi aku bersyukur sebab gaji yang ditawarkan pada masa itu adalah RM1900. Setahun lebih aku bekerja di Maxis. 

Pelbagai penghargaan yang aku terima. Tetapi kerana tidak tahan dengan call volume yang tinggi dan working shift, aku berhenti. Aku berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat properties dengan gaji dan pakej yang agak menarik. Itu juga tidak lama. 

Akhirnya aku bekerja di syarikat multinasional dari Australia, syarikat sekarang aku bekerja. Hanya berbekalkan sijil SPM, pengalaman, kefasihan BI dan kemahiran komputer. Itu pun tiada sijil yang mengesahkan aku mahir dalam komputer. 

Bermula dari jawatan sebagai customer service agent hinggalah kini aku menjawat jawatan sebagai Senior Operations Support Executive/Assistant Manager dengan gaji mencecah hampir 5 angka sebulan. 

Percaya atau tidak, dengan jawatan aku, aku boleh tentukan which supplier yang boleh masuk list atau perlu ditendang. Company bergantung sepenuhnya dengan keputusan aku. Aku juga boleh memaki mana2 omputih yang bangang buat kerja. 

Di dalam masa yang sama, aku gunakan pengetahuan aku di dalam photoshop, photography dan web coding sebagai pendapatan sampingan aku. Tujuan aku share kisah hidup aku yang hanya memiliki sekeping sijil SPM ni adalah untuk membuktikan bahawa hidup perlu diteruskan. 

Tidak kira teruk mana kita terjatuh, jangan mengalah untuk bangkit. Kenal pasti kemampuan diri dan minat, teroka mana yang perlu mengikut peredaran masa. Paling penting, jangan lupa Allah. 

Di saat kita terjatuh, jangan mengeluh. Jika kita menghadapi masalah, jangan mengeluh kepada Allah, "Ya Allah, besarnya masalah aku ini.. ", sebaliknya, kau katakan kepada masalah itu, "Wahai masalah, aku ada Allah yang Maha Besar..." 

Jadi, jangan kau melihat apa yang aku ada sekarang ini dan menilai tanpa kau mengetahui apa yang telah aku hilang dan korbankan untuk aku berada di tempat sekarang. Kepada adik2 yang gagal di dalam SPM, jangan mengalah. teruskan hidup. 

Sejarah memang tidak boleh diulang tetapi kesilapan boleh dipelajari. Belajar dan terus belajar. Dan paling penting, jangan lupa Allah, jangan lupakan ibu bapa. Hidup kena pandai berjimat dan bersedekah. Jangan angkuh bila sudah di atas. Kerana kita tidak tahu seangkuh mana orang lain bila melihat kita jatuh.

Ulang siar entri Hanya Dengan SPM Saya Kini Assistant Manager Dan Ini Ialah Kisah Hidup Saya. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Hanya Dengan SPM Saya Kini Assistant Manager Dan Ini Ialah Kisah Hidup Saya. 4.5 5 Unknown Thursday, March 16, 2017 Hanya Dengan SPM Saya Kini Assistant Manager Dan Ini Ialah Kisah Hidup Saya. Oleh : Keyser Soze Tahun 1998, adalah tahun aku menduduk...


No comments:

Post a Comment