Pemandu Lawan Arus Ialah OKU Dan Netizens Bertanya Kenapa Tiba-Tiba Tangan Pemandu Gen 2 Patah Pula?
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis mengesahkan pemandu remaja yang memecut melawan arah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan kelmarin sehingga menyebabkan seorang lelaki maut adalah orang kelainan upaya (OKU).
Seorang pegawai dari JKM Pulau Pinang mengesahkan kad OKU itu adalah asli dan dikeluarkan kepada remaja itu pada 2011, lapor portal Free Malaysia Today hari ini.
Kad OKU |
Menurut laporan itu, remaja yang berusia 19 tahun itu pernah dinasihati oleh doktor untuk menyertai program pendidikan khas ketika memasuki tingkatan 1. Remaja itu memiliki kad OKU yang tertera masalah pembelajaran dalam ruang kategori ketidakupayaan.
Perkara ini lantas menjadi polemik dikalangan netizens yang mempersoalkan bagaimana keluarganya membenarkan remaja itu membawa kereta dan apakah beliau mempunyai lesen memandu memandangkan remaja itu mempunyai masalah kesihatan ganguan defisit perhatian (ADD).

Sebelum itu, pada jam 7.50 pagi Selasa lalu, remaja yang memandu Proton Gen-2 itu melanggar 3 kenderaan sebelum membuat pusingan U beberapa meter dari Plaza Tol Sungai Dua dan memecut melawan arah trafik sejauh 5km di Km 134 Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah.
Ia kemudiannya merempuh Perodua Kelisa yang dipandu pekerja kilang, Mohamad Fandi Rosli, menyebabkan bakal bapa berusia 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal. Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
Bagaimanapun, polis semalam berkata “ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya amfetamina”. Amfetamina ialah ubat yang lazim digunakan untuk gangguan defisit perhatian (ADD).
Dalam pada itu, netizens turut mempersoalkan kenapa tangan remaja itu patah secara tiba-tiba dalam satu penyebaran gambar di laman sosial.
Gambar pertama yang tersebar itu tidak dapat disahkan sumbernya namun ianya dikesan mulai tular sejak pagi tadi. Ia tular bersama dengan persoalan netizens yang membangkitkan tentang kecederaan tangan yang terjadi secara tiba-tiba sedangkan sebelum ini tangan pemandu tidak patah ketika muncul di hadapan media beberapa hari yang lepas sebelum ditahan reman hingga sabtu ini. - Sozcyili.
Ia kemudiannya merempuh Perodua Kelisa yang dipandu pekerja kilang, Mohamad Fandi Rosli, menyebabkan bakal bapa berusia 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal. Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
Bagaimanapun, polis semalam berkata “ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya amfetamina”. Amfetamina ialah ubat yang lazim digunakan untuk gangguan defisit perhatian (ADD).
Dalam pada itu, netizens turut mempersoalkan kenapa tangan remaja itu patah secara tiba-tiba dalam satu penyebaran gambar di laman sosial.
Pemandu Gen 2 |
Ulang siar entri Pemandu Lawan Arus Ialah OKU Dan Netizens Bertanya Kenapa Tiba-Tiba Tangan Pemandu Gen 2 Patah Pula? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment