Ini Rakaman CCTV Penculikan Paderi Raymond Koh Keng Joo - #RaymondKoh

 On Sunday, March 5, 2017  

Ini Rakaman CCTV Penculikan Paderi Raymond Koh Keng Joo - #RaymondKoh

Ini Rakaman CCTV Penculikan Paderi Raymond Koh Keng Joo - #RaymondKoh

Penculikan paderi, Raymond Koh Keng Joo berlaku dalam masa hanya kurang seminit. Berdasarkan rakaman video yang telah tular, penculikan itu menunjukkan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan, termasuk dua motosikal terlibat dalam ‘operasi’ itu. 

Raymond Koh Keng Joo
Raymond Koh Keng Joo
“Tujuh kenderaan dan sekurang-kurangnya 15 lelaki terlibat dalam insiden yang disifatkan dirancang dan dilakukan secara profesional,” menurut sari kata dalam video selama tiga minit berhubung insiden yang berlaku pada 13 Februari lalu. 

Video berkenaan yang tidak mempunyai sebarang audio, dipercayai merupakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari beberapa rumah berdekatan dengan lokasi kejadian di Kelana Jaya. 

Dalam video tersebut, kenderaan utiliti sukan (SUV) warna hitam memintas dan mengepung kereta warna perak dipercayai milik Keng Joo, sehingga memaksanya untuk berhenti di jalan. 

Sebuah SUV berhenti di bahagian hadapan, sebuah lagi di bahagian kenderaan dan SUV ketiga di bahagian tepi. Kenderaan keempat yang merupakan sebuah kereta sedan warna putih berhenti di belakang kesemua SUV. 

Beberapa individu keluar dari SUV menghala ke kereta perak, manakala seorang lelaki keluar dari kereta sedan putih dan menghalang ke arah mereka. 

Tidak dipastikan apakah yang berlaku berikutan sebatang pokok menghalang pandangan ke arah kereta Keng Joo, walaupun terdapat imej kaki dapat dilihat sebelum pintu kereta di bahagian depan penumpang dibuka. 

Pada masa sama, dua motosikal dilihat dipandu secara perlahan melepasi kenderan-kenderan di jalan itu. Selepas kira-kira 50 minit, kesemua kenderaan, termasuk kereta warna perak meneruskan perjalanan. 

Menerusi video tersebut, didakwa dua kereta dan dua motosikal mengikut konvoi kereta SUV. Sebaik sahaja sebuah kereta Perodua Myvi memintas kenderaan terakhir di jalan dua hala itu, ia dihalang oleh seseorang dari kereta pertama. Selepas berhenti, seseorang dari kereta kedua pergi ke bahagian depan Myvi dan memberi isyarat mengarahkan supaya kenderaan itu beredar. 

Myvi itu dilihat mengundur kira-kira 50 kaki atau lebih, dengan seorang penunggang motosikal mengekorinya sebelum kereta dipandu laju ke arah bertentangan. 

Video berkenaan turut mengandungi rakaman dari sudut berbeza. Keng Joo, 62, diculik dari keretanya semasa dalam perjalanan ke rumah kediamannya di Kelana Jaya. 

Keluarga mangsa menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat mengenai di mana dia berada lapor Mstar.
 

Ulang siar entri Ini Rakaman CCTV Penculikan Paderi Raymond Koh Keng Joo - #RaymondKoh bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ini Rakaman CCTV Penculikan Paderi Raymond Koh Keng Joo - #RaymondKoh 4.5 5 Unknown Sunday, March 5, 2017 Ini Rakaman CCTV Penculikan Paderi Raymond Koh Keng Joo - #RaymondKoh Penculikan paderi, Raymond Koh Keng Joo berlaku dalam masa hanya ...


No comments:

Post a Comment