Mengeluh Hidup Di Rumah Kecil 8 Bilik, Aliff Syukri Terlajak Dibantai Netizens Kaw-Kaw Kerana Bersikap Riak.

 On Monday, March 13, 2017  

Mengeluh Hidup Di Rumah Kecil 8 Bilik, Aliff Syukri Terlajak Dibantai Netizens Kaw-Kaw Kerana Bersikap Riak.

Mengeluh Hidup Di Rumah Kecil 8 Bilik, Aliff Syukri Terlajak Dibantai Netizens Kaw-Kaw Kerana Bersikap Riak.

Oleh : Khairulnizam Bakeri

Aliff Syukri, saya tidak mahu berbasa-basi lagi. Kami semua tahu, soal pemasaran, memang kamu jaguh memperaga kebodohan. 

Aliff Syukri
Suara nyaring sengau yang dibuat-buat, iklan seksis, air ajaib yang sudah terbukti dusta, macam-macam lagilah. Kami tahu itu. Kadang-kadang kami tertawa dengan bodohnya jenaka itu, kadang-kadang kami tertawa dengan bodohnya kamu. 

Tapi apabila kamu mengeluh tentang betapa peritnya hidup di dalam banglo lapan bilik sambil menunggu mahligai yang sedang dibina, itu bukan lagi bodoh jauh sekali lucu. 

Aliff Syukri
Itu satu penghinaan. Kita semua tahu masih ramai rakyat yang papa. Masih ramai anak kecil yang tidur mengerekot dalam flat 500 kaki persegi, bersama lapan orang adik-beradik yang lain. 

Di situ tempat lena, di situ ruang jamu selera, di situ hati menghitung lara. So, no, it's not a marketing stunt anymore. Ini kelakuan jelik kamu yang memualkan. 

And please, stop all the bullshit of you building your empire from zero. For God's sake, we know you're the third child of Sendayu Tinggi founder. Save all that makan bersila crap, okay? We're not impressed. 

Yang paling menyedihkan, sikap riak kamu ini masih lagi akan dipertahankan. "Biarlah dia, harta dia!" "Sekurang-kurangnya dia Melayu!" "Dah berapa banyak Melayu dia tolong!" "Kau dengki sebab dia kaya!" Benarlah saya ini miskin, namun luahan ini jauh sekali timbul dari perasaan dengki. Saya cuma kecewa. 

Respon Netizens
Andai rezeki Ilahi satu hari mencurah-curah, saya doa sungguh-sungguh agar saya tidak lupa, bahawa saya pernah tidur berhimpit sebegitu dalam pondok kecil yang Abah dan Mama bina di pinggir Sungai Sat ketika baru berpindah ke Kelantan dari Kuala Lumpur, sementara menunggu rumah siap hasil pinjaman perumahan Mama sebagai guru. 

Saya doa agar Tuhan jauhkan riak dari hati kita semua. Termasuk kamu, Aliff Syukri.

Ulang siar entri Mengeluh Hidup Di Rumah Kecil 8 Bilik, Aliff Syukri Terlajak Dibantai Netizens Kaw-Kaw Kerana Bersikap Riak. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Mengeluh Hidup Di Rumah Kecil 8 Bilik, Aliff Syukri Terlajak Dibantai Netizens Kaw-Kaw Kerana Bersikap Riak. 4.5 5 Unknown Monday, March 13, 2017 Mengeluh Hidup Di Rumah Kecil 8 Bilik, Aliff Syukri Terlajak Dibantai Netizens Kaw-Kaw Kerana Bersikap Riak. Oleh : Khairulnizam Bakeri...


No comments:

Post a Comment