Saya Minta Maaf, Saya Tidak Sengaja Kata Datuk Terlajak Laris Namun Malangnya Netizens Tidak Percaya Padanya Lagi..

 On Monday, March 13, 2017  

Saya Minta Maaf, Saya Tidak Sengaja Kata Datuk Terlajak Laris Namun Malangnya Netizens Tidak Percaya Padanya Lagi..

Saya Minta Maaf, Saya Tidak Sengaja Kata Datuk Terlajak Laris Namun Malangnya Netizens Tidak Percaya Padanya Lagi..

Sebelum neh Datuk Aliff Syukri, pemilik perniagaan Dherbs telah memuatnaik satu gambar dan status di FB yang mana, keterangan (caption) dalam gambar tersebut beliau mengeluh kerana hidup di rumah 8 bilik sementara hendak menunggu rumahnya siap dibina. Menurut usahawan terkenal itu, ia merupakan satu dugaan buatnya dalam tempoh menunggu rumahnya barunya siap.

Dan tidak menunggu lama, statusnya itu dikecam oleh netizens sebagai riak dan berlagak.

Baca : Mengeluh Hidup Di Rumah 8 Bilik, Aliff Syukri Dikecam

Walau bagaimanapun, susulan kecaman itu Aliff Syukri akhirnya meminta maaf secara terbuka di media sosial.

Permohonan maaf Aliff Syukri 

Saya mohon maaf. 

Viral isu rumah kecil, ini jawapan saya kepada wartawan dan netizen.  Secara jujurnya saya amat bersyukur dan gembira duduk di rumah kampung saya ini untuk sementara waktu sementara menunggu rumah baru saya siap dan isu viral rumah yang saya katakan kecil 8 bilik ini sebab sebelum ini rumah ini kelihatan cantik sebab bilik yang ada kelihatan cantik tanpa ada baju yang banyak dan serabut.  

Saya tidak sengaja dan niat saya hanya mahu berkongsi apa yang saya rasa pada ketika ini kepada rakan-rakan saya di media sosial dan saya tidak sangka yang ianya akan menjadi isu. Saya mohon maaf jika ada yang terasa hati dan tersinggung dengan kenyataan saya sebelum ini.

Maaf, kami tidak percaya lagi kepadamu

Namun kebanyakkan netizens tidak lagi percaya kepadanya. Menurut sesetengah netizens, terlalu kerap usahawan itu buat hal dan berdrama di status FB dan selepas dikecam, beliau akan bersegera meminta maaf dengan nada merendah diri namun kemudiannya selepas beberapa ketika berlalu, beliau akan mula buat hal sekali lagi. 

Seolah-olah menghina insan tertentu, berperangai riak dan berlagak tak tentu pasal juga berlakon bodoh, membayangkan beliau sedang mempraktikkan taktik marketing tertentu untuk meningkatkan jumlah followers di pagenya.

Berhenti buat drama la Dato. 



Sungguhpun ramai yang mengecam Dato Aliff Syukri, namun beliau tetap mendapat sokongan teguh dan kepercayaan dari penyokong-penyokong setianya.

Mereka masih lagi membela tindakan Dato Aliff Syukri dan menyifatkan sesetengah netizens sebenarnya tidak patut menyibuk jika Dato Aliff Syukri bersikap riak kerana ia tidak membabitkan hidup sesiapa atau mengacau sesiapa. - Sozcyili.

Ulang siar entri Saya Minta Maaf, Saya Tidak Sengaja Kata Datuk Terlajak Laris Namun Malangnya Netizens Tidak Percaya Padanya Lagi.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Saya Minta Maaf, Saya Tidak Sengaja Kata Datuk Terlajak Laris Namun Malangnya Netizens Tidak Percaya Padanya Lagi.. 4.5 5 Unknown Monday, March 13, 2017 Saya Minta Maaf, Saya Tidak Sengaja Kata Datuk Terlajak Laris Namun Malangnya Netizens Tidak Percaya Padanya Lagi.. Sebelum neh Datuk A...


No comments:

Post a Comment