Pemandu Lawan Arus Didakwa Salah Guna Dadah - Ini Hujah Peguam Kenapa Remaja Itu Tidak Didakwa Kerana Membunuh.
Pemandu remaja yang memecut melawan arah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan, Selasa lalu, didakwa menyalahgunakan dadah di Mahkamah Majistret hari ini.
Ng Pei Ven, 19, dari Butterworth didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengambil dadah berbahaya. Pertuduhan itu membawa hukuman penjara 2 tahun dan/atau denda RM5,000. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah lapor Free Malaysia Today.
Bagaimanapun rata-rata netizens menunjukkan respon tidak berpuas hati dengan pertuduhan yang dikenakan ke atas pemandu remaja itu.
Menurut mereka, remaja itu telah menyebabkan kematian seorang lelaki yang baru sahaja berkahwin dan sedang menunggu kelahiran zuriat yang pertama. Tambahan pula usia pemandu lelaki yang terkorban itu baru 26 tahun dan masih muda.
Netizens mahu kerajaan mengenakan pendakwaan membunuh kerana pemandu itu telah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Samada dia OKU atau tidak, netizens mahu pemandu yang tidak bertanggungjawab diajar secukupnya.
Namun lain pula pandangan peguam Nor Zabetha. Menurut Nor Zabetha, satu-satu pertuduhan yang dikenakan ke atas suspek perlu tepat supaya suspek tidak terlepas dari tindakan undang-undang kesan dari pendakwaan yang salah.
"Sekiranya seseorang membunuh secara sengaja, dia akan disabitkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan tetapi bagi kes kemalangan tertuduh akan disabitkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Bagi kes ini lebih sesuai di bawah seksyen 41 menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan di baca bersama dengan seksyen 44 memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol", katanya.
"Tetapi untuk mendakwa dia dengan dakwaan membunuh memang tidak tepat dan tidak memenuhi elemen kesalahan membunuh di bawah Kanun Keseksaan Jenayah.
Saya faham , kadang-kadang netizen tidak faham undang-undang . Kalau tidak menepati elemen dan didakwa di mahkamah tertuduh akhirnya akan dibebaskan tanpa sebarang hukuman", katanya lagi.
Sebelum ini, polis mengesahkan remaja berusia 19 tahun itu mengambil amfetamina dan bukannya methamphetamine disebabkan itu tindakan mendakwa pemandu tersebut dibawah pertuduhan salahguna dadah menimbulkan keraguan orang ramai. - Sozcyili.
Pemandu Lawan Arus |

Ulang siar entri Pemandu Lawan Arus Didakwa Salah Guna Dadah - Ini Hujah Peguam Kenapa Remaja Itu Tidak Didakwa Kerana Membunuh. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment