PM Desak Korea Utara Bebaskan Semua Rakyat Malaysia.

 On Tuesday, March 7, 2017  

PM Desak Korea Utara Bebaskan Semua Rakyat Malaysia.

PM Desak Korea Utara Bebaskan Semua Rakyat Malaysia.

1. Saya mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara tersebut.
2. Tindakan keji ini seumpama menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan, melanggar semua undang-undang antarabangsa serta norma hubungan diplomatik.
Sumber : Malaysia Military Power
3. Sebagai negara yang cintakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Namun demikian, melindungi rakyat Malaysia adalah keutamaan saya, dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam.
4. Saya telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara. Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara kita sehingga kita pasti mengenai keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara.
5. Kita harap adanya penyelesaian segera. Saya minta kepimpinan Korea Utara untuk segera membenarkan rakyat Malaysia meninggalkan negara tersebut bagi mengelakkan perkara ini dari terus berlanjutan.
DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

Ulang siar entri PM Desak Korea Utara Bebaskan Semua Rakyat Malaysia. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
PM Desak Korea Utara Bebaskan Semua Rakyat Malaysia. 4.5 5 Unknown Tuesday, March 7, 2017 PM Desak Korea Utara Bebaskan Semua Rakyat Malaysia. 1. Saya mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara menghalang rakyat Malaysi...


No comments:

Post a Comment