8 Tahun Tinggal Di Australia, Tiada Larangan Azan Pun - Doktor Pertikaikan Cadangan Minta Izin Penduduk Untuk Laung Azan

 On Friday, April 14, 2017  

8 Tahun Tinggal Di Australia, Tiada Larangan Azan Pun - Doktor Pertikaikan Cadangan Minta Izin Penduduk Untuk Laung Azan

8 Tahun Tinggal Di Australia, Tiada Larangan Azan Pun - Doktor Pertikaikan Cadangan Minta Izin Penduduk Untuk Laung Azan

Oleh : Syahr Musafir

Dengaq sini, aku nak habaq mai!

"Tiada paksaan dalam Islam....." maksudnya tiada mana-mana orang bukan Muslim atau kafir yang boleh dipaksa untuk menganut Islam. Mereka boleh pilih, nak masuk Islam atau nak kekal dengan agama asal. Sekuat mana pun kuasa kita, kita tidak boleh paksa.

Namun, setelah menganuti Islam, tidak boleh suka-suka hati nak keluar daripada Islam, nak murtad tak tentu hala. Betullah apostasy is not applicable in Islam, not among Muslims. 

Ini ajaran Islam. Tertulis jelas. Tiba-tiba Siti Kasim meroyan tak tentu pasal mempersoalkan ni dah kenapa?



 
Aduiiii memang bikin panas betul.

Seorang lagi ni buat hal jugak. Tak pasal-pasal mempersoalkan laungan azan oleh masjid dan surau perlu mendapat kebenaran penduduk.

Kalau di negara yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi atau agama majoriti, bolehlah nak letakkan peraturan sebegitu. Logiklah juga dari segi manusiawi. 

Malaysia ini negara Islam. Majoriti rakyatnya adalah Muslim. Orang bukan Islam di Malaysia ini tak pertikai hal ini, hang orang Islam pula kecoh-kecoh bagai ni apekehenyer?

Saya tinggal di Australia hampir 8 tahun pun boleh nak melaungkan azan di surau universiti, terutama semasa solat Jumaat dibenarkan menggunakan mikrofon dan speaker sehingga satu bangunan yang ada cafe, computer lab dan sebagainya boleh dengar, tak ada masalah. Tiba-tiba di Malaysia sebuah negara Islam yang sudah sejak dari dulu tak ada apa-apa masalah melaungkan azan, hari ini hang mempersoalkan perlu minta izin penduduk pula? Hang pasaipa?

Inilah masalahnya apabila agama Islam diambil sedikit-sedikit bahagian yang dia suka sahaja. Yang dia tak suka, dia buang-buang ke dalam tong sampah. 

Sudahlah ambil sikit, yang sikit itu pula dicarik-carik, dikoyak-koyak dan dipotong-potong lagi sebab nak sesuaikan dengan nafsu manusiawinya. 

Selepas itu ditokok-tambah pula dengan logik akal dan kebodohan sendiri supaya sesuai dengan nafsu dan kemahuan tersendiri. 

Contohnya wanita perlu bertudung, dikatakan tudung itu budaya Arab (wanita Arab sahaja perlu menutup kepala).

Inilah golongan LIBERAL yang tak sudah-sudah nak menghancurkan Islam sedangkan mereka juga adalah orang Islam sendiri. Nak re-interpret Islam dengan cara menggunakan logik akal mentafsir al-Qur'an dan hadis, tanpa ada pengetahuan dan ilmu yang jelas tentang Islam.

Inilah dua contoh muslim liberal yang makin mendapat nama, pengaruh dan tempat dalam masyarakat Muslim di Malaysia: Siti Kasim dan Azira Aziz. Main ikut sedap sahaja nak 'buat agama baru' dengan menafsirkan Islam dengan logik diri sendiri dan mengikut nafsu.

Siti Kasim inilah yang telah mempersoalkan KeEsaan Allah. Kalau tak pernah tahu, boleh Google dan baca. Contoh:http://ift.tt/Kx0FWjberita-malaysia/tuhan-terhasil-melalui-tenaga-siti-kasim-akan-dipanggil-jakim-137756

Azira Aziz pula merupakan salah seorang pengasas BEBAS yang terlibat dengan perhimpunan Anti RUU 355 di Petaling Jaya Februari lepas, tiba-tiba mengecohkan keadaan dengan mempertikaikan laungan azan. Boleh Google baca. Contoh: https://www.menara.my/azan-5x-sehari-surau-masjid-mesti-dapat-kebenaran-penduduk-azira-aziz/

Kenapa saya tulis post ini?

Mai sini nak habaq mai, nak suruh kenal dua perempuan ni.

Supaya masyarakat kita KENAL siapa 'musuh dalam selimut' yang ada di Malaysia kita ini. Mereka dan geng-geng liberal mereka sudah tolak selimut dah, sudah tunjuk muka dah, sudah rasa kuat dan berpengaruh dah, sudah rasa besar, mereka nak mencabar segala macam perkara berkaitan Islam.

Jadi, kita kenal mereka dan KITA perlu bersatu membanteras golongan-golongan ini.

Jangan bagi mereka rasa mereka kuat dan boleh buat sesuka hati untuk kucar-kacirkan pemikiran orang Islam di Malaysia.

Biar mereka tahu kita lebih kuat daripada mereka untuk mempertahankan agama Islam ini.

Jom sama-sama kenalpasti mereka dan sama-sama kecam apa yang mereka sedang lakukan.

Dan jom sama-sama kita doa minta Allah SWT beri hidayah dan petunjuk supaya mereka mendalami agama Islam yang benar.

Siti Kasim, Azira Aziz dan sekutu-sekutu, aku nak pesan hang jangan nak berdegil mahu memutar-belitkan Islam dan masyarakat Muslim lagi dan memporak-perandakan situasi, Allah SWT itu lebih hebat daripada hang. 

Jangan dok ingat mudah-mudah nak perdayakan masyarakat dengan pemikiran pelik hang tu. Hang jangan ingat hang buat perangai kami akan berdiam diri. Kami akan lawan balik.

Hang ingat hang boleh menang ka? Aku pelangkung kang. Tak payah nak confident sangatlah, confirm hang kalah punya!

Ingat! Kalau tak tahu atau tak faham, kita boleh bimbing. Tetapi kalau sengaja buat tak faham dan mengajak orang lain menjadi buat-buat tak faham juga, kita marahlah.

Ulang siar entri 8 Tahun Tinggal Di Australia, Tiada Larangan Azan Pun - Doktor Pertikaikan Cadangan Minta Izin Penduduk Untuk Laung Azan bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
8 Tahun Tinggal Di Australia, Tiada Larangan Azan Pun - Doktor Pertikaikan Cadangan Minta Izin Penduduk Untuk Laung Azan 4.5 5 Unknown Friday, April 14, 2017 8 Tahun Tinggal Di Australia, Tiada Larangan Azan Pun - Doktor Pertikaikan Cadangan Minta Izin Penduduk Untuk Laung Azan Oleh : Syahr M...


No comments:

Post a Comment