Kenapa Anjurkan Kongres kebudayaan Secara Tiba-Tiba, Nak PRU Ke Kritik Penulis.
Oleh : ZF Zamir
Patutlah Zahid Hamidi semalam tiba-tiba je bising pasal sekolah vernakular. Rupanya hari ni bos dia ada Kongres Budaya.
Masalahnya tiba-tiba datang mana pula Kongres Budaya ni? Kalau tengok Fesbuk Page pun 60 Like je? Rupanya hanya RTM dan Utusan sahaja yang buat laporan. Semua acara pra-kongres pula hanya penuh dengan orang tua dan perkataan Melayu-Melayu-Melayu.
Kenapa tak libatkan anak muda? Kenapa hanya panggil Suhaimi Baba, Upin Ipin dan KRU sahaja? Adakah mereka ini aspirasi anak muda Malaysia?
Soalan yang lebih kritikal ialah, mengapa setelah lebih 40 tahun sejak Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, ia tiba-tiba dianjurkan semula?
Adakah kerana Pilihanraya Umum sudah dekat? Di mana suara anak muda di dalam Kongres baru ini? Kenapa penuh hanya dengan perkataan Melayu? Budaya Melayu Bahasa Melayu? Ini Kongres Budaya Melayu atau Kongres Budaya Umno?
Sekolah vernakular masih tak boleh disentuh, bahasa Melayu semakin dipinggirkan di sekolah-sekolah, Universiti kebanyakannya sudah tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai medium pengajaran, budaya sudah tidak lagi menjadi agen perpaduan dan tiba-tiba, Umno melalui kerajaan dan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menterinya jadi hero sebab datang Kongres Budaya hari ni?
Berpuluh tahun sebelum ni, parti mana yang rosakkan agenda Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971? Tapi nak jawab pun payah sebab kalau datang penuhkan dewan hari ni dapat extra carrymark. Hmm macam gitu je UKM kencing budak-budak ni.
Ulang siar entri Kenapa Anjurkan Kongres kebudayaan Secara Tiba-Tiba, Nak PRU Ke Kritik Penulis. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment