Jangan Dengar Cakap Pembangkang Nanti Kecewa - Najib.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar tidak mendengar cakap pembangkang dan jangan membuat penilaian mengikut emosi.
Jelasnya lagi, tindakan itu bukan sahaja akan berakhir dengan kekecewaan, sebaliknya juga ingin membuatkan rakyat benci kepada kerajaan, lapor Sinar Harian.
"Kita (rakyat) tidak boleh dengar pembangkang kerana akhirnya kita akan alami kekecewaan (sebab terpengaruh).
"Tujuan mereka (tabur fitnah) untuk menghasut rakyat supaya benci kepada kerajaan..tapi kita tidak boleh hidup atas kebencian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh, di sini, petang tadi.
Menurut Najib lagi, rakyat seharusnya menilai apa yang telah dilaksanakan kerajaan selama ini bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi.
"Kita (kerajaan) tidak main politik seperti pembangkang..tabur fitnah..kesudahannya habuk pun tak ada.
"Barisan Nasional kurang menyerang..bercakap..tetapi banyak buat kerja dan ia terbukti dengan pelbagai perubahan yang telah dilakukan demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Dalam perkembangan sama, Najib turut menyeru rakyat agar terus memberi mandat kepada kerajaan sekiranya ingin menikmati lebih banyak perubahan.
Ulang siar entri Jangan Dengar Cakap Pembangkang Nanti Kecewa - Najib. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment